Jumaat, Mac 22

Dapat email dan......

Bila buka email dari travel agency ni terpampang pakej ke Beijing. Menariknya pakej ni ada gambar 1 family yang saya familiar sangat. Haha.....mana taknya....adik saya dan familynya. Cuaca kat Beijing ni sejuk tapi masa adik saya pergi ni macam takde salji turun rasanya. Dah la jadi muka kat iklan dalam email Muslimtravelbug....

Credit : Muslimtravelbug

Ni pula muka saya, hubby dan Dania tengah main salji kat Korea. Jadi sponsored post untuk promote percutian musim sejuk Korea oleh Muslimtravelbug. Abaikan baju saya tu.....dah la dalam tu saya pakai baju tebal jugak sebab sejuk....udahnya lebar je nampak....😆. Baju luar tu memang sewa je. Kasut ski ni berat. Dah jatuh....nak bangun balik tu jenuh la....ada kenangan juga saya jatuh lepas tu jerit help....help....kena ada orang tarik saya naik sebab serius berat kasut ni...

Credit : Muslimtravelbug

Ni pun sama, travel agency ni ambik gambar masa tengah belajar ski. Dania yang baju purple ni. Hujung sana ayah Dania dan saya. 

***Saya ski kat tempat ski dalam KDrama Goblin dan Winter Sonata di Yongpyong Ski Resort. 

Credit : Muslimtravelbug

Kalau kita setuju untuk diambil gambar ok je untuk mereka promote untuk company mereka. Gambar-gambar ni semua mereka akan share kat kita dan group yang travel sekali. 

Gambar bawah ni pula....kebetulan saya ada dapat email dari NGO untuk guna gambar Dania ni untuk poster bersiri adat dan akhlak melayu. Saya tak bersetuju beliau nak buat gambar Dania ni untuk dijadikan poster. Dania masa ni pun berumur 8 tahun. 

Dania kata gambar serkup Dania terkeluar macam ni pun nak 😅 (Maksud Dania macam gambar dia ni selekeh la sikit).....entah la Dania...agaknya kena tema duduk bersimpuh Dania dengan adat dan akhlak melayu agaknya.....Lokasi gambar ni kat dalam Istana Lama Seri Menanti kat Negeri Sembilan. 


 Jadi atas kita nak benarkan atau tidak benarkan gambar-gambar kita digunakan untuk media sosial....





XOXO,
Ezna

17 ulasan:

  1. Sangat setuju...kena la mintak kebenaran dulu dan terpulang pada kita untuk setuju atau tidak membenarkan..

    BalasPadam
  2. Betul.. tanpa izin itu yang orang marah. Budi bahasa tu penting..

    BalasPadam
  3. yela kdg2 ada org guna gmbr sewenang2 kan...syok tu main salji...kita pi beijing & korea dlu bkn time snow

    BalasPadam
  4. betul tu apa pon kena minta izin dulu tambah lagi untuk komersial

    BalasPadam
  5. Betul, takut gambar kita disalahguna. Wahh best ski di Yongpyong.

    BalasPadam
  6. if mintak kebenaran ok laaa, yg jenis cilok jer terus guna memang sgt2 tak ethical laaa (teringat gmbr ariff kena guna tanpa kebenaran as poster kat mall, time tu i kat UK)

    BalasPadam
  7. waaa rate cuti2 beijing tu sgt ok laaaaa

    BalasPadam
  8. wahh dania dh jd model nih., hebatt ;p

    BalasPadam
  9. best juga jadi model...popular kat seluruh dunia hehehehe

    BalasPadam
  10. Ohhhh... model rupanya.... yang foto ala2 catwalk ada?

    BalasPadam
  11. Famous la Ezna sekeluarga hihi...
    Kalau beretika mcm ni takpe kan, kalau jenis rembat je itu yg orang marahkan...

    BalasPadam
  12. bagus diaorang..minta izin, bukan main guna je kan

    BalasPadam
  13. Tapi yg foto Kaka sekeluarga tak terlihat wajahnya Krn safety gear ski itu yaa 😄. Saya tak pernah coba ski. Takuuut hahahaha. Dah yakin tak akan bisa, pasti terguling rasanya kalo nekad pakai 🤣.

    BalasPadam
  14. Bagus diorang minta permission.. ada orang pakai sebat je guna gambar kita

    BalasPadam
  15. kira macam model laa ni ya?
    ;-)
    selagi gambar tu x menampakkan aib kita, kalau sy ok je...

    BalasPadam
  16. bagi foto percuma je ke kak? kalau saya, minta bayaran. huhu

    BalasPadam
  17. Baguslah dorang mintak izin dulu. Kita boleh tapis dulu. Kalau dorang terus guna tu memang salah lah kan.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...