Ada juga pembelian online dilakukan sebelum bulan puasa ni. Hehe.
Saya beli beg untuk Dania dari Christy Ng. Ok jugak la design dia. Pembelian yang ni kebetulan ada potongan harga.
Credit : Christy Ng
Beg ni yang bestnya ada dua tali. Satu panjang seperti di atas dan tali pendek seperti di bawah. Boleh juga kalau nak tulis nama tapi yang Dania ni tak tulis nama pun. Kalau beg arah belakang semua hitam manakala kat depan je ada corak houndstooth.
Nak menggayakan tali pendek ke panjang ikut pilihan kita.
Credit : Christy Ng
Terjebak juga membeli telekung. Nak bulan puasa ni kan....rasa feel lain kalau nak beribadat dapat pakai telekung yang cantik ni.
Saya suka material cotton untuk telekung ni. Oh ya Telekung Rawdah ni tengah ada Ramadhan Sale potongan sehingga 70%. Kalau nak bagi hadiah untuk ibu ke, kawan2 ke, untuk diri sendiri ke memang ok sangat.
Credit : Telekung Rawdah
Kat hujung telekung pula ada lace. Nampak manis pulak telekung ni. Boleh juga kalau nak tempah sulam nama dengan bayaran tambahan RM15.
Credit : Telekung Rawdah
Bila barang tiba....
Ada free gift berupa tudung bawal bersulam warna cream dan sampul duit raya. Ada juga card dari Telekung Rawdah dan Paper Bag bercorak motif arab (macam plastik tapi bukan macam plastik biasa yang nipis tu...tak tahu material apa).
Telekung ni manis dan feminin je sebab kat hujung telekung ada lace dari tulle. Material telekung ni pun bila disentuh lembut je dari cotton premium. Didatangkan juga dengan beg telekung yang bila zipnya dibuka akan jadi sejadah muka pula. Praktikal la saya rasa. Telekung pula dimasukkan di dalam plastik ziplock. Kemas je.
Ini je lah pembeliannya. Nak kena berjimat juga sebab Dania pun dah nak memulakan Sem 2 Ijazahnya dan pastilah kena bayar yurannya.... dan nak berpuasa dan hari raya lagi....tak tahulah macam mana cuti raya nanti sebab dijangka hari raya 10 dan 11 April yang jatuh hari rabu dan khamis. Jumaat Dania ada kelas kat makmal. Entah la macam mana pulak. Online je ke....Online pun nak kena ada source internet yang baik. Kita tunggu la pengumuman universiti nanti...
XOXO,
Ezna
Waaaa nampak dia dah buat persiapan awal utk ramadhan.. seronok Dania dpt handbag tu..
BalasPadamAwal awal tak kalut. Hehehe.....
Padamnak sambut ramadhan kena la berbelanja sikit. semoga bijak mengatur perbelanjaan dlm ekonomi yg merudum skrg ye...
BalasPadamYa baju yang boleh pakai kita pakai. Ni anak nak masuk balik Universiti ni nak kena bayar yuran jugak....setuju....dengan ayat AK.
Padamnampak klasik beg telekung tu...lama tak nampak..dulu2 mak jahit beg mcm tu lah...tp biasa2 je...hihihi...mmg linda buat isi telekung bawak p sekolah
BalasPadamYa lah betul beg tu memang ala ala zaman dulu-dulu pun. Mengingatkan Linda kat mak la ni ya?. Biasa2 pun luar biasa bagi akak sebab boleh menjahit. Arwah mama akak pun pandai menjahit tapi menjahit baju.....
Padamsweetnya kaler telekung tu ezz. nice!!! all the best utk dania!! zharfan tgh exam, ari ni 2nd paper...next week ada lagi 2 paper
BalasPadamAh ah putih warnanya Suzz....Tq Suzz. Oh exam ya....moga yang terbaik buat Zharfan.
PadamSenang beli beg macam tu, boleh digayakan guna tali pendek atau panjang. Warna hitam pun warna selamat. Cantik telekung ber lace. Sale banyak tu, bolehlah tengok² nanti.
BalasPadamSA belum buat persiapan raya lagi...rasa macam tak dan nak beli baju baru, apa yang ada je pakai nanti...lagipun ada je baju2 yang blom pakai...beli je pandai pakai x tau bila..hahaha...cari untuk Dania dan husband je nanti..maybe untuk anak tiri jugak
BalasPadam