Hello eznakhalili.com readers!!

Friday, March 22

Dapat juga akhirnya

Selepas kelas pertama subjek Principles of Agribusiness Management, saya drive ke CALC bangunan yang dah pergi semalamnya pada 18 Mac 2024. Line pun panjang juga dengan ramai foreigner ada masalah nak daftarkan Bahasa Inggeris mungkin atau Bahasa yang lain. Depan Dania ni mungkin pelajar dari negara cina.

Akhirnya Dania berjaya daftarkan kelas Academic Interaction & Presentation. Alhamdulilah....jadi petangnya dah boleh pergi la kelas ni. Kuota yang diperuntukkan untuk kelas Dania dibuka. Masih ada lagi kelas Dania yang tak mendaftar subjek ni dalam 28 orang. Dania whatsapp kat group kelas kata kuota dah dibuka jadi kelas Dania pun berjaya mendaftar sampai habis kuota TETAPI masih ada yang gagal mendaftar. 😅. Dania berjaya dapat lecturer bernama Hazel Adria Bin Jasiran Awang. Unik namanya...

Ummi kata solusinya nak tak nak kawan sekelas yang gagal mendaftar tu kena datang la sini jumpa En. Abas. Dalam fikiran ummi En. Abas ni berumur tapi bila tengok muda lagi En. Abas ni. 


Lepas ke CALC, balik rumah dulu dan lepas solat zohor hantar balik ke Fakulti Pertanian. Hari ni kelas habis jam 6 petang. 5-6 petang ni subjek English yang Dania baru daftarkan pagi tadi tu. 


Petang dalam kol 5 lebih dah bertolak nak ambil Dania pula. Saya ikut bulatan Uniten nak ambik Dania. Ternyata jam kat situ dengan orang nak pergi Pasar Ramadhan Uniten tu. Kena ikut laluan Farm Fresh lain kali kalau petang-petang. Fakulti Dania ni dengan Uniten tak jauh pun dalam 5 minit je. 

Bab Pasar Ramadhan ni tak singgah lagi. Kalau hubby beli kuih pun dia beli kat Ikhwan tu je. Kelas Dania paling lewat sem 2 ni habis jam 7 petang. 

Moga hari-hari yang mendatang ni baik-baik ajer buat kita semua. Nak adjust waktu bulan puasa dengan bulan biasa ni lain la sikit sebab paling ketara jalan jam tu.....





XOXO,
Ezna

10 comments:

  1. Dah tak igt mcm mana dftar subjek dulu2...
    Semoga dipermudahkan urusan Dania dan kak Ezna

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Linda. Setakat hari ni dah selesai semuanya. Alhamdulilah.

      Delete
  2. bulan puas ni apa aje yang x jammed...semua tempat jammed

    ReplyDelete
  3. waaa lewatnya dania abis kelas yer...kalau my class kat AIKOL, biasanya i akan habiskan by 4 pm, or paling lewat pun 5 pm jer...tp sem ni semua kelas i waktu pagi sampai tghari jer, alhamdulillah sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya ada satu subjek wajib universiti ni English ni la memang semua student Fakulti Pertanian batch Dania kena ambik subjek ni. Masa diperuntukkan 5pm-7pm (takde time lain dah). Selalunya lecturer akan lepas awal. Dania tak sempat gi lagi kelas 5-7 ni sebab masa tu student hanya ada 6 orang je jadi lecturer tunggu student ramai.

      Delete
  4. Ingat lagi masa daftar subjek elektif. Bila dah bukak, kena berebut daftar online secepat mungkin. Kalau tak, melepas lah nak join kelas sem tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya nak kena berebut tu kalau boleh kita diantara yang terawal daftar subjek....

      Delete
  5. Jem di mana2 ya kak. Apalagi kalo dah bertepatan dengan waktu nya orang balik dari ofis, trus Orang2 yg nak beli takjil. Dah laaah stuck langsung 😂

    ReplyDelete