Hello eznakhalili.com readers!!

Sunday, July 25

Hadiah Birthday di IKEA

Trip menaiki LRT kali ni sempena request Dania nak naik LRT. I nak pergi ambik goodie bag kat Red FM sebab i masuk contest Red FM 5000 Minutes. I tak dapat jawab jadi dapat goodie bag je. Kalau dapat jawab, RM5000 tu. Takde rezeki. Cuba lagi....Misi menaiki LRT, bermula di Taman Paramount.

 Dania kata best naik LRT. Singgah beli biskut Tiger kat LRT Taman Paramount kat News.com buat bekal.


Gambar mereka yang tak prihatin tempat duduk ini dikhaskan untuk orang kurang upaya. Inilah senario masyarakat kita. Kita kena standby la tempat duduk ni untuk mereka yang kurang upaya. Jangan duduk sini unless anda kurang upaya. Kebetulan they all duduk depan i. I buat2 snap gambar atas tanpa flash. Uii kalau flash kena marah pulak....

Turun di KL Sentral, kemudian kena jalan kaki boleh tahan jauh jugak untuk menaiki monorel di seberang jalan.

Di stesyen Monorel

Dania di dalam Monorel. Tempat duduk berwarna warni

Stesyen Titiwangsa 11 stesyen dari sini. Stesyen yang paling akhir sekali. Setelah ambil goodie bag yang tak berbaloi itu. Ha ha. Next time tak nak ambik dah. Kami singgah makan kat gerai berdekatan situ. 

Bihun Sup Utara dan segelas Teh O Ais share dua beranak sebelum berjalan kaki ke Stesyen Monorel Titiwangsa.

Terpaksa mendaki tangga yang tinggi untuk menaiki Monorel

Monorel balik pula seatnyer macam ni....

Check in gate untuk menaiki LRT di stesyen KL Sentral. I tak guna flash la. Macam polis je tu....hee hee....

LRT kami dah tiba ye....

Ambik kereta kat Taman Paramount, bergegas pulak ke IKEA. I nak tebus voucher RM20 IKEA. I nak beli hadiah harijadi Zharif.

Dania main-main dulu kat sini

Dania wajib ambik troli kecik ni walau takde barang. Nanti sibuk la suruh i ambik barang apa nak beli.

Jualan Bulan Julai. Sheep skin ni. I memang dah aim lama tapi mahal. Akhirnyer terus angkat 1 sebab hanya RM79 je.

Singgah jap beli ice cream kat sini

Comotnyer Dania makan ice cream

Dania dan Ummi Dania

Lapik pinggan, sudu, mangkuk Ikea buat Zharif dan rug bulu kambing ni i punyer...Yeehaa...


2 comments:

  1. wah...rug bulu tu sgt murah lah ezz...offer bln ni ajer ker?kalau u nak pegi lg ikea bolehlah i kirim :p

    ReplyDelete
  2. Suzz : Murah suzz. Bulan Julai je. :-)

    ReplyDelete