Hello eznakhalili.com readers!!

Saturday, March 6

Tempat makan best di Ombak Damai, Gertak Sanggul, Pulau Pinang

Ni kesinambungan siri saya bercuti ke Pulau Pinang. Destinasi kami tentulah tempat makan yang terletak di Gertak Sanggul.


Ada je pengunjung parking kat atas tapi kami cari tempat parking yang menuruni bukit ni. Bukitnya takde lah curam mana. 

Apa yang best kat tempat makan Ombak Damai ni ye?. Banyak gerai kat sini. Ini salah satunya. Belangkas Padi Bakar. Teringin nak merasa tapi takde rezeki sebab ada yang lebih awal order belangkas yang paling akhir. 


Ni lah rupa belangkas yang masih hidup ni. 
 

Order hubby dan Dania sama iaitu kuay tiaw basah. 


Ada laksa kat sini, saya dah tak pandang lain eh....😝


Boleh tengok keindahan kat Ombak Damai dengan angin sepoi-sepoi bahasa dan gerai yang ada kat sini. Berselera sungguh makan kat sini oiiih....


Pisang goreng cheese serius sedap. Pisang gorengnya sedap...tak tau la pisang apa. Saya kurang berkenan pisang nangka. Ni definitely pisang jenis lain. 


Keropok lekor la pulak. Salut pulak dengan sos dia. 


Sup kaki ayam kegemaran pengunjung ini. Siapa lagi suka sup kaki ayam say I? 


Gambar satu family lah. Masa kami duduk ni memang susasana berangin ajer. Best la sebab tak panas. Masa ni pun rasanya pukul 4 lebih petang nak dekat pukul 5 petang rasanya. Atas meja tu coconut shake pilihan saya dan Dania dan air kelapa pilihan hubby.


Macamana rasa kuay tiaw ni bang? Buat video kat Dania dia tak pandang kamera 😄 malu kooo....


Overall tempat kat sini menarik sebab ada buaian untuk anak main-main, makan kat tepi laut dengan angin bayu bertiup. Gerai yang banyak untuk dipilih. Pasti ada gerai yang kena dengan selera tekak anda. 

Meh saya bagi alamat. Ombak Damai di Jalan Gertak Sanggul, Kampung Suluk, 11920 Teluk Kumbar, Pulau Pinang

Kami suka!!! Anda? 

*****Meh la support tempat makan anak saudara kami ni....💪
*****Cuti ni as I said earlier 9 - 10 Jan 2021. Masa tu belum PKP lagi. Harap maklum. Baru rajin nak update. Hehe. 

34 comments:

  1. Pernah sampai di Gertak Sanggul tapi tak tahu pula Ada tenpat makan best macam ni :( menu belangkas tu rare naa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau ke Gertak Sanggul boleh la ke Ombak Damai ni. Try pekena Belangkas. Sayangnya hari tu takde rezeki nak merasa sebab tak pernah merasa pun.

      Delete
  2. Thank you sharing, even mmg stay Penang tapi tak pernah sampai lagi sini... nampakkk semua sedap2 ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap. Ada kesempatan boleh la berkunjung ke sini ye?.

      Delete
  3. bestnya makan-makan di tepi pantai macam ni.berselera sungguh la sambil menikmati makanan yang sedap-sedap ni kan.Bertambah best kena angin sepoi-sepoi bahasa ni..hehehe

    ReplyDelete
  4. Wahhhh menarik juga ye menu dia. Nina tak pernah lagi sampai sini lagi. If ada kesempatan dapat pergi Penang lagi boleh lah singgah merasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah Nina kita tunggu selesai PKP semua ni barulah kita boleh berjalan lagi.

      Delete
  5. wah first time dengar nama tempat ni. kalau ke penang nanti bolehlah pergi. btw apa rasa belangkas eh? hahah sampai sekarang tertanya nak rasa tapi macam geli hahahaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belangkas tu tak sempat nak rasa. Dah tinggal last belangkas dah. Rupanya ada sedikit ala ala Predator. Hehe. Orang kata best. Tu yang nak try tu.

      Delete
  6. Reading your post makes me want to dine at this restaurant now. Makanan2 dia sedap2 nampak. Sgt menyelerakan.

    ReplyDelete
  7. dekat ja dengan rumah mak. tak pernah dengaq plak kedai makan ni. balik penang ni boleh ajak mak try

    ReplyDelete
  8. Rawlins first time dengar pasal lokasi Gertak Sanggul nie. Boleh la nak pergi jengah next time I travel to Penang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti kalau Rawlins try makan kat sini nanti boleh la bagitau ok ke tak makan kat sini...

      Delete
  9. Bestnyaaa isi perut tepi pantai. Angin sepoi2 mesti tenang je rasa kan? Taoi belangkas tu errrr nur tak pandai makan. Tq share mana tahu ada ke Penang, boleh singgah sini

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang syiok angin dia. Silap2 boleh buat mengantuk. Hehehe. Sama la sis tak reti gak makan belangkas tapi takde rezeki hari tu nak makan. Belangkas dah habis.

      Delete
  10. thanks sharing. huda memang tengah survey tempat makan best kat area teluk kumbar sebab nak pergi bercuti ke penang nanti.

    ReplyDelete
  11. Thanks for sharing tempat ni, seriouslah sebelum ni dah banyak kali ke Penang tapi tak tahu ada tempat ni.. kena pergi ni lepas dah boleh travel nanti.. dah add dalam map :)

    ReplyDelete
  12. Sepanjang hidup ni belum pernah makan belangkas. Teringin nak rasa mcm mana tp takut lak. Kn org pandai masak kan sb takut sb ada bisa dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul bisa dia tu nanti buat kita pening. Sis nak try tapi takde rezeki masa pergi sini.

      Delete
  13. Lama tak ke Penang ni, kalau ada sampai sana boleh singgah sini.. tengok Laksa tu ngencess sungguh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laksa tu alehaiii kalau ada menu lain pun sis tetap pilih laksa. Hehehe....

      Delete
  14. InsyaAllah kalau balik Kulim nanti boleh lajak kesini. Marsha berkenan belangkas bakar tu. Dari mengandung anak no 3 ni dok teringin nak rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Marsha pun berani nak cuba ye?. Ada orang takut nak try mungkin sebab rupa dia tu kan....

      Delete
  15. Kedai anak sedara you ke.. wahh nanti boleh jalan2 datang makanr kat sini. Laksa tu nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ah ah....to be exact anak saudara belah suami. Mari mari cuba....

      Delete
  16. Saya belum pernah lagi makan belangkas. Macam mana rasanya ya? Ada mcm ketam ke? Next time ke Pulau Pinang, saya nak cari tempat ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis pun tak pernah rasa. Nak rasa kat sini takde rezeki pulak....

      Delete
    2. Kedai makan di situ buka ka tak esk ? Ataupun masih belum beroperasi ekoran drpd pkp

      Delete