Rabu, Mac 31

Bersemadilah dengan tenang sahabatku....

Bila dapat berita pemergian sahabat saya yang seorang ni....entah nak cakap macamana. Rasa sebak sangat kat dalam hati tu bagai ditoreh-toreh. Masakan tidak, walaupun semenjak kebelakangan ini tak berapa rapat tapi dia pernah jadi sahabat saya masa kat UITM Dungun. Eliza bagi saya seorang yang outspoken. Kalau yang tak biasa dengan Eliza ni mau terasa dengan kata-katanya tapi saya masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Kadang saya tegur juga. Beliau juga seorang yang berani melontarkan buah fikirannya. Silap2 boleh kalah kalau bercakap dengannya. Beliau punya english pun superb. Ibu ayahnya dulu bekerja dengan kedutaan Malaysia di Korea. 

Nak dijadikan cerita masa Diploma dulu, saya, Normi, Eliza, Mariea dan Kak Ayu pakai seluar slack ke blok akademik kat UITM Dungun tu. Masa tu etika berpakaian kena pakai baju kurung kalau nak ke blok akademik. Being muda remaja mesti nak buat benda notty ni (Tak ikut peraturan). Hehe. Sebenarnya bukanlah satu kesalahan besar pun kalau pakai slack ni kan?. Being us yang notty ni kan kami pakai dan pergi blok akademik. Tak ingat pergi nak cucuk mesin ATM ke apa ke....jadi kisah kami pakai slack ni jadi buah mulut senior sampai kena panggil dengan YDP Majlis Perwakilan Pelajar masa tu senior yang kami panggil Abang Zack. Bermulalah kami bertikam lidah dengan YDP (Berani ko....adik junior ni haaa). Errr saya senyap ajer. 😁. Eliza ni lah yang berpegang teguh menegakkan kenapa kami pakai slack bukan baju kurung dengan abang senior ni. Mulalah rasa nak pindah kampus ke Shah Alam sebab Shah Alam boleh ajer pakai slack ke apa....cuma kena sopan la. Glamour jugak la kami berlima ni di kalangan Majlis Perwakilan Pelajar ni. Hehehe. Abang senior ni pun dah berpangkat tinggi juga sekarang ni dalam perkhidmatan kerajaan. Pernah jadi ketua kepada adik saya juga tak lama dulu. Adik saya kata pernah kena marah juga dengan 'abang senior' ni. 😅. Sorry Kekna tak campur...

Eliza ni dulu ala ala assistant Prof Izzi. Ingat tak tagline 'Selamat beramal'?. Prof Izzi pun dah 'pergi' meninggalkan kita ke 'negeri abadi'. Dulu, Prof Izzi ni ajar kami Matematik masa diploma. Saya juga pernah minta tolong Eliza mengajarkan saya Matematik. Eliza ni memang sangat pandai Matematik. Ada pernah sekali saya dan kawan saya tercakap la apa yang kami tak puas hati dengan Prof Izzi sekaliiiii esoknya masa Prof Izzi punya kelas dia tanya siapa yang kutuk saya semalam? 😅. Eliza tercakap la kot. Bukan kutuk la Prof, ada yang kami ceritakan....😝. Ini diantara kenangan manis saya dengan Eliza lah. 

Pernah juga berjumpa di E-Curve bersama Eliza dan Dania. Kami menonton wayang bersama. Tak silap saya masa tu menonton movie Twilight. Tak ingat la siri Twilight yang mana....lepas menonton tu kami makan kat Mc'Donalds kat bawah tu. Dah lama tak ke sini tak tahulah ada lagi ke Mc'Donalds dan cinema kat situ. Dulu saya rajin juga contact sahabat2 saya yang saya baik termasuklah Eliza ni tapi sekarang nak cakap lama2 over the phone saya dah tak berapa gemar. Faktor usia agaknya. 💆

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum pemergian Eliza ni, dalam group ITM Dungun ni ramai la mengucapkan selamat hari jadi buat Eliza. Saya dah lama keluar dari group ni sebab malas masuk banyak group. 😃 . Tengok la apa yang Eliza jawab?. Macam tau tau ajer dia ye?. Ada seorang sahabat saya pula kata terlupa nak mengucapkan 'Selamat Hari Jadi' tapi fikir masih ada tahun depan untuk dia ucapkan 'Selamat Hari Jadi'. Nampaknya tak kesampaian bila 'masa' Eliza telah tiba pada tahun ini juga. Ajal ni tak tunggu kita......😭


Ni gambar lama saya dan sahabat2 masa attend majlis makan malam gabungan pelajar melayu semenanjung (GPMS) dekat Sri Molek Inn. Tak silap saya Sri Molek Inn ni kepunyaan UITM Dungun untuk pelajar hotel and management, chef training, pramusaji training di sini. 

Depan dari kiri : Siti Hawa, Lilis Suraya, Eliza, Norazliana dan Gusrina.
Belakang dari kiri : Saya dan Norhayati.  
 

Begitulah kisah saya bersama Eliza....ada kawan saya pun anak dia tuisyen Matematik untuk PT3 dekat setahun jugak la dengan Eliza. 

Tenang la sahabatku di sana. Moga doa yang saya dan sahabat lain titipkan buatnya akan sampai kepadanya. Walaupun dah lama tak bertanya khabar, last tanya khabar pada 25 Disember 2020, tetapi kenangan 'kita' tetap di dalam ingatan.  

29 ulasan:

  1. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. Kini hanya tinggal kenangan buat yg masih hidup kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye betul. Ramai pulak tu yang ingat kat dia....

      Padam
  2. My deepest condolences. Yes, it is always saddening to know that those who have once left footprints in your heart is no longer there.

    BalasPadam
  3. Betul tu. Kita tak tau bila masa kita kan. Kengkawan Rawlins pun ada yang dah 'pergi' meninggalkan kita mempersoalkan bekalan kita di dunia sana kelak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye semua yang hidup pasti akan mati. Moga kita pergi dalam keadaan yang baik.

      Padam
  4. Semoga beliau ditempatkan di kalangan hamba yang beriman dan beramal soleh. Masa kita akan tiba jua

    BalasPadam
  5. Innalillahiwainnailaihirojiun.

    Semoga Allah tempatkan rohnya dikalangan orang orang yg beriman.

    BalasPadam
  6. alaaa sedihnyaaa...

    giliran kita pasti menyusul kelak


    alfatihah (dibaca)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang sedih sebab pernah jadi sahabat kita kan. Terima kasih bacakan Fatihah...

      Padam
  7. salam takziah. moga arwah tenang disisi Pencipta aamiin

    BalasPadam
  8. Takziah atas pemergian sahabat sis. Walaupun mungkin dah tak serapat dulu, tapi kehilangannya tentu amat dirasai.

    BalasPadam
  9. Salam takziah. Mpga rohnya ducucuri rahmat.

    Sedih. Kadang2 bila dapat tahu ttg kematian byk perkara menyedarkan kita kan ezz

    BalasPadam
  10. Salam takziah akak. Semoga arwah tenang di sana. Al-Fatihah. Simpan kenangan yang baik-baik dan terus mendoakan dia.

    BalasPadam
  11. Sedih kan bile yg pernah kita kenal meninggal dunia.. Tp tu laa.. Kita xtahu bila kita akan pergi... Redha dgn ujiannya..salam takziah ya..

    BalasPadam
  12. Salam takziah.. Hurm! baca ni pun dah rasa sedih apatah you yang close with her kan.. Semoga arwah tenang disana..

    BalasPadam
  13. Allah.. kak.. semoga arwah ditempatkan dikalangan mereka yang beriman..

    BalasPadam
  14. Semoga dicucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama org2 yg beriman. kita masih hidup ni semoga sentiasa berusaha perbaiki amalan

    BalasPadam
  15. salam takziah. moga arwah tenang

    BalasPadam
  16. Semoga arwah tenang dan dicucuri rahmatnya.. AM faham perasaan kehilangan sahabat sebab AM pernah mengalaminya.. Alfatihah buat sahabat semuanya..

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...