Jumaat, Mac 12

Google Meet menemukan kami

Pada 7 Februari 2021, saya berkesempatan untuk join google meet sekolah menengah agama saya dahulu. Saya tahu pun sebab ada seorang sahabat sekolah menengah yang forward aktiviti ini siap dengan google meet address melalui whatsapp. Tujuan google meet ini diadakan ialah untuk memohon kesembuhan buat sahabat kami iaitu Muhammad Fuad Bin Abd Latif yang mengidap kanser paru-paru tahap 4. Kami akan mengadakan tahlil ringkas dan bacaan yassin melalui google meet ini. Majlis ini disempurnakan oleh sahabat kami Ustaz Alfaiza yang kini menetap di Mekah. Dalam norma baharu kan, google meet la salah satu caranya. 

Ikutkan saya dijadualkan untuk menghadiri perjumpaan maya pada tarikh dan waktu yang sama tapi disebabkan saya telah pun bersara awal dari persatuan tersebut (malas nak cerita), maka saya menghadiri google meet sekolah pula. Perancangan Allah itu sangat terbaik. 

Masa google meet pun sahabat yang lain cuba memujuk Muhammad Fuad untuk menjamah sedikit makanan. Beliau tak lalu nak makan. Nak bercakap pun termengah-mengah tapi sempat juga mengucapkan terima kasih sebab mengadakan tahlil dan bacaan yassin untuknya. Saya rasa macam sedih pun ada....😔. 


Nak dijadikan cerita, sewaktu Muhammad Fuad ni kat hospital menjalani rawatan untuk kanser paru-parunya, beliau juga telah dijangkiti Covid-19 tetapi beliau sangat kuat melawan penyakit tersebut dan disahkan 'Covid Survivor'. Kita hanya melakukan yang terbaik untuk kesihatan kita, ajal kita hanya Allah yang maha mengetahui. Kanser telah merebak pula ke bahagian tulang. 

Hari ini Jumaat, 12 Mac 2021, sahabat kami Muhammad Fuad Bin Abd Latif telah meninggalkan kami semua pada jam 5.30 pagi tadi tadi. Meninggalnya beliau pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Ada tabung sedekah yang disediakan oleh sahabat kami yang lain untuk diberikan kepada keluarga Muhammad Fuad. Usaha yang patut diberikan pujian. 

Ya allah, selamatkan sahabat kami ini Muhammad Fuad Bin Abd Latif dan tempatkannya di kalangan mereka yang beriman. Aamiin.

Tenanglah kamu sahabat di sana.....Doakan kawan-kawan blog semua buat sahabat saya yang seorang ni ye?....

1 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...