Pada weekend baru ni ada la pergi makan tengahari kat Kafe Kayu ni. Kebetulan hari yang kami datang tu menu special mereka adalah set kari kepala ikan dan set masak lemak daging salai. Harus la order menu special hari ini kan.....
Ok...ini adalah set masak lemak daging salai pilihan hubby. Siap ada sayur kobis dan sambal belacan juga. Dalam kuah daging salai tu ada belimbing buluh.
Ni pulak saya punya iaitu set kari kepala ikan yang didatangkan dengan sayur taugeh dan sambal belacan. Sayur taugeh ni saya kurang gemar jadi bagi semua kat hubby. Saya makan sayur kobis hubby. Sayur kobis saya makan.
Ni haaa kari kepala ikan utara mari....saya suka betul kari utara ni haa....pekat. Memang sedap la. Hubby dulu memang terer masak kari utara tapi bila lama tak praktis dah lupa pulak. Idak boleh saya suruh hubby masakkan kari utara ni versi arwah ibu mertua saya. Sebenarnya kalau saya ke sini selalunya saya akan order menu set asam pedas tapi hari ni tukar menu pulak.
Air sirap cincau Dania punya.
Nescafe tarik hubby pilihan hubby. Saya pun merasa jugak. Hehe. Rasanya pekat dan susu banyak. Rasa lemak berkrim gitewww...
Saya kalau datang sini, takde lain mesti order air limau asam boi special yang blended ni. Perghhh minum masa panas terik......lega tekak.
Kami bertiga menikmati hidangan makan tengahari di sini. Dania punya lauk lupa nak ambik gambar. Dania makan ayam goreng dan ada ulam raja dengan telur masin. Ada pulak kuah kari untuk dimakan bersama nasi. Kuah boleh pilih samada nak kari atau asam pedas.
Kat sini pun ada juga bubur. Tengok la bubur apa disajikan pada hari tersebut. Hari ni menu bubur pulut hitam.
Makanannya memang sedap la. Harga pulak berpatutan. Siapa yang teringin nak merasai hidangan kat Kafe Kayu ni boleh la ke alamat berikut :
Kampung Ambar Tenang
43800 Dengkil
Selangor Darul Ehsan
013 - 401 5799
Haduh Dengkil pula.... Nak ajak kawan makan kat sini la nanti :)
BalasPadamSilalah cuba.
Padamharga berpatutan dan sedap..rugi kalau tak singgah sini kan
BalasPadamMenarik menu dia. Harga pun berpatutan sangat. Nampak gaya Rawlins nak kena ajak kengkawan try makan kat sini la sebelum puasa.
BalasPadamHaa silalah Rawlins. Nanti buat blog post best ke tak makan kat sini.
PadamFood looks good and interesting place to have meals with loved ones.
BalasPadamalamak jauhnya hahaah tapi nampak menu memang menyelerakan! bolehlah cuba nanti kalau ada rezeki untuk ke sana
BalasPadamLamanya tak makan kari kepala ikan. Belimbing buluh pun sama. Sebelum pkp tu makan juga lauk salai tp sekarang tutup dah kedainya sb tak ley survive. Buat kita lapo la.
BalasPadamSedapnya la daging salai tu. Lauk2 lain mungkin bukan kegemaran saya tapi kalau share ramai2 kari kepala ikan tu best juga.
BalasPadamKelaparan pulak tengok daging salai tu. Suka makan belimbing buluh walaupun masam. Kecur air liur dah ni
BalasPadamBoleh pergi try la makan kat sini nanti... Nampak menarik ye menu2 dia...
BalasPadamPadu betul nampak kari tu. Suka tengok. Ni laki i mmg suka. Boleh bawa dia sekali
BalasPadamAlahai sedap nya tengok daging salai tu.. Favorite menu husband ni. Nanti nak ajak laaa husband makan sini
BalasPadamNampak sedapnyaaaa semua menu menu ni. Teringin nak gi
BalasPadamDekat dengan rumah anak saudara Suami, tapi kami tak pernah singgah sini hehehe..
BalasPadamEzna, alam tak nampak, sihat ke?