Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Thursday, March 11

Hadiah hari jadi yang unik

Saya selalu buntu nak bagi apa hadiah hari jadi yang bakal tiba untuk suami. Kalau anak perempuan tu saya tahu juga nak beli apa. Wallet tu selalu dah bagi. Hehe....kalau tengok wallet suami agak season tu haa hadiah hari jadi saya belikan wallet baru lah. Ni wallet pun elok lagi. 😅 walaupun saya beli jenama Camel tu dah lama. Cermat juga suami saya guna. 

Nak dijadikan cerita, saya tengok cerita kampung pisang bersiri siri tu. Ada cerita pakcik apa ke namanya tu pakai rantai emas. Bagi saya idea pulak. Ishhh bukannya rantai emas. Lelaki haram pakai rantai emas ya untuk muslim tapi....

Credit : Poh Kong Facebook

Apa kata bagi wafer emas Happy Birthday dari Poh Kong ni?. Kalau tengok kat Poh Kong tu ada berat 0.5g, 1g dan 2g. Halus betul ukirannya tu. Didatangkan dengan kotak baldu warna merah. Saya google kat shopee dah habis stok dah. Kalau ada budget biasa je boleh je ambik yang berat 0.5g tu. Emas tetap emas. Memang ada harganya. Ia pun ada casing kat luar sebab wafer kat dalam tu halus sangat. Rasa kagum juga dengan ukiran Happy Birthday dari Poh Kong ni. Kalau tak percaya anda pergilah kat mana-mana cawangan Poh Kong. Cuba tengok. Betul tak cakap saya?. Lawa tak kalau tengok secara live?. 

Ni pilihan saya yang kedua. Maybe yang ini...

Credit : Habib Jewels Website

Wafer emas daripada Habib berbentuk haiwan di zoo negara. Kalau beli satu set ni mahal la tapi ada juga jual satu satu. Beratnya 0.2g setiap satu wafer haiwan ini. Kalau beli satu set ni gabung semua berjumlah 1.2g. Saya berkenan kat panda tu. Kalau nak garang ambik harimau. Tak pun boleh pilih kancil, orang utan, gajah atau burung enggang. Sesambil beli kita derma kat zoo negara jugak sebab Habib akan berikan sedikit dari penjualan wafer emas ini kepada Zoo Negara. Membeli sambil menderma... 

Unik juga kan kita bagi wafer emas ni. Lain daripada kebiasaan. Pasti senyum lebor sang suami 😂. Nanti birthday kita, kita demand emas jugak. Dak gitu?...bukan untuk suami je sesuai, mana tahu nak bagi mama ke papa ke, adik beradik, keluarga, best friend...semua la boleh. 

Bolehkah anda semua bagi idea....wafer emas Poh Kong ke yang cantik atau wafer emas Habib?. Mana satu pilihan hati. Cantik je ye bukan bab harga....confuse melanda. 🙆 Help....











22 comments:

  1. SA pilih PohKong...hehehe....x nak bagi SA jugak ke..hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.... thanks SA bagitau pilihan hati....at least ada undi untuk Poh Kong.

      Delete
  2. pernah bagi gold bar 1 gram kat suami. dia letak dalam album name card kat opis...adoii...dia kata ingatkan name card.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa??? Name card? Adoiii bahaya tu Azian kalau orang nampak. Tu bukan 'name card' biashe biashe.....

      Delete
  3. emas ni walaupun sebulan 1 gram..lama lama berbaloi..pelaburan jangka panjang..
    tak dapat wafer pun sebesar siling 50 sen ok da hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye betul tak kira la besar atau kecil emas tu. Emas tetap emas. Ada harga.

      Delete
  4. cantik yakmat. hadiah camni pun best kan.

    ReplyDelete
  5. Wow! This is truly a unique and of course valuable birthday gift that a lot don't mind receiving right? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anyone wouldn't mind this present right?....

      Delete
  6. kalau lelaki amik wafer tapi kalau gegirl amik yang poh kong. khai pernah ada yang syiling tu tak ingat dah design apa tapi ada corak lah kalau jual balik dapat lah dalam 2 ratus lebih camtu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih di atas pandangan. Kalau ikutkan 2-2 pun best!. Wahhh kalau simpan lagi syiling tu tunggu emas naik lag....lagi tinggi nilainya tu.

      Delete
  7. Wahhh bertuahnye siapa dapat gift emas gini. Makcik kayooo. Jom simpan emas

    ReplyDelete
  8. Sebagai pencinta haiwan, Rawlins pilih set Zoo Negara. Sambil membeli, turut menderma. Tak gitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh Rawlins ni bagus mesti hati mudah tersentuh kalau tengok kucing ke haiwan yang lain ni. Pilihan yang baik tu set zoo Habib

      Delete
  9. Poh Kong tu menawan kalau tapi kalau lelaki cam sesuai wafer lak kann?
    Tapi eh! Tapi lagi... Tapi kalau 2-2 lagi wow. Hehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kalau beli 2-2 sangat wow....tapi Nina....sis punya beg duit tu yang tak wow. Hehehe.....

      Delete
  10. skrg ni musim org beli emas kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Kedai emas punya panjang barisan.

      Delete
  11. Perghh, dua-dua design pun sangat menarik dan unik bah... but kalau untuk birthday celebration, better yang Poh Kong tue... sebab kena pada occasion kan.. but if untuk collection, better yang Habib..boleh beramal pulak tue..

    ReplyDelete
    Replies
    1. I pun suka yang Poh Kong. Kalau you tengok design dia memang terpesona tau!.

      Delete