Isnin, Mac 15

Warong Selekoh Kambing

Mulanya kami nak makan la kat Warung Kendi yang terletak kat Jenderam Hulu, Sepang ni tapi tutup la pulak. Ok next choice kat Warung Selekoh Kambing yang terletak tak jauh dari Warung Kendi. 

Dania order roti planta manakala suami order roti telur. Saya pula makan nasi goreng dengan telur puyuh 6 biji. Harganya RM1 untuk 3 telur puyuh ni. Dania tak habis cakap frust tak dapat makan kat Warung Kendi. Nak buat macamana Dania...dah tutup. Nanti kita try pergi lagi hari sabtu ya?. Kami gi ni hari ahad. Nak datang sini kena hati-hati sebab jalan 1 lane ajer lepas tu ramai pulak yang berbasikal jadinya lambat sikit la kan. Kereta pulak banyak area sini. 


Ni lah keadaan dalam kedai. Takde lah deco kaw kaw. Biasa ajer konsep warung. Nasi goreng dia pun not bad juga. Ada rasa. 


Tempat duduk kat meja batu pun ada. Konsep warung ni depan rumah ajer haa. Mungkin ni rumah owner la kot. Pelik pulak gambar ni. Entah kenapa blur pulak. Cuaca panas agaknya. Terlebih cahaya. 


Nak tahu harga semua kami makan kat sini? 3 hidangan tadi campur 2 nescafe tarik dengan 1 milo o suam harganya RM15. Puas hati kan?. Sesekali nak juga orang masakkan untuk kita ye tak?. Lepas ni boleh ke Warung Kendi pulak. Hehe. Dah ada yang berzikir tu ha.....😝. Ye lah ye lah.....

Meh la ke :

Warung Selekoh Kambing 
140 B48, Kampung Jenderam Hulu,
43900 Sepang
010 544 3951


17 ulasan:

  1. saya suka je warung simple ni... asal selesa nak makan sudah la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Saya pun sejenis ok je makan kat warung. Harga dia sangat berpatutan.

      Padam
  2. Memang best kak suasana makan di warung. Makanan pun best. Sarapan pagi mcm ni fav ruby. Simple. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Suasana kedesaan ni best. Akak pun suka makan camtu breakfast.

      Padam
  3. I suka makan tempat mcm ni. Banyak pilihan dan harganya pun sangat berpatutan

    BalasPadam
  4. Tadi baru ada kawan tanya kat mana nak makan kambing sedap..hehe kat sini ade menu kambing tak?

    BalasPadam
  5. Warung gini kalau tak ye, orang ingat biasa dan tak sedap.. tapi kalau di cuba, menu mereka lagi best dan rasa pun sedap.. ye juga ek, memang ada menu kambing ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menu kambing ni sis kurang pasti sebab sis tak mencari kambing. Kalau ada kuah kambing best juga.

      Padam
  6. Nice ya for ppl kat Sepang. The food looks so yum I miss eating Roti Canai! The price also best!

    BalasPadam
  7. Kat sepang ke. Boleh la menyinggah nnt bila balik Sana nnt. Thanks share

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...