Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 8

Misi beras Maths Clinic

Masa Maths Clinic buat misi pengagihan beras kat Cheras pada 31 Dis 2020, saya ada pergi dengan Dania. Tujuannya nak dapatkan beras so that nanti saya boleh agihkan kat kawan saya yang terkesan. Selepas Cheras, Maths Clinic akan mengagihkan beras kat Kelantan pulak. 

Mula-mula nak cari Sir yang mengajar Dania tapi ternampak Sir Shakib lalu ambik la gambar. Sir Shakib ni owner Maths Clinic ni. Dania ni produk Maths Clinic dari Tingkatan 3. Cuma masa Tingkatan 4 awal tu sebelum PKP Dania pergi tuition center tapi selepas tu terus ambik tuition online ajer. Bagus juga Dania banyak meningkat dalam matapelajaran setelah join Maths Clinic. Maybe penyampaian tutor2 Maths Clinic yang best, tak boring dan Dania kata senang faham!. Ummi is more than happy untuk Dania. 


Bergambar pula dengan Sir Badang. Sir Badang duduk serumah dengan Sir Uzairi. 


Ni Sir Iqbal yang ajar subjek Biologi. 


Dua gambar ni dengan Sir Zacky yang juga mengajar subjek Biologi. 



Sir Ghaz pulak ajar subjek Matematik dan Matematik Tambahan. 


Jom ambik gambar dengan van Maths Clinic. 


Masa beratur dengan kereta nak ambik beras. 


Lepas dah ambik beras terus saya jumpa seorang kawan saya dan agihkan beras kepadanya bersama keperluan lain. 

Ni pula pada tahun baru 1 Januari 2021, beras selain daripada itu kami passkan kepada Biro Kebajikan surau kampung saya ni. 


Saya dapat 10 pek beras 5kg dari Maths Clinic. Alhamdulilah. Kami tak ambik pun beras-beras ni. Semuanya pass kat Biro Kebajikan. Katanya beras-beras ini akan dikumpulkan setempat bersama NGO yang lainnya dan kemudian akan diagihkan kepada orang kampung kami yang terkesan. Alhamdulilah. Boleh juga bantu sikit2 kan. 

Rumah Biro Kebajikan ni kat tanah lot jadi banyak tanam pokok2. Udahnya kami diberikan sayur, bunga kantan, benih pokok kunyit dan buah nangka madu. Semerbak bau nangka kat kereta kami. Rezeki yang tak disangka sungguh. 

Misi agihan beras Maths Clinic adalah satu usaha yang murni dari syarikat swasta khasnya Maths Clinic untuk meringankan beban mereka yang terkesan. Banyak juga beras yang disumbangkan. Beribu-ribu juga. To be exact 5200 kampit beras 5kg. 👍

Syabas Maths Clinic!

25 comments:

  1. Alhamdulillah.. project yang membantu kepada yang terkesan

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Tak dapat nak bagi beras banyak2. I agihkan beras ajer.

      Delete
  3. alhamdulillah..projek yg bagus untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. good job

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah. Moga pemberi ini pun murah rezekinya. Khasnya Maths Clinic. Bertambah maju perniagaan Tuition Center dan Tuition online.

      Delete
  4. Absolutely a very meaningful campaign raised to help those communities in need, so proud for Maths Clinic & wish to have more & more to start this similar initiative. Thanks for sharing this. cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  5. Inisiatif murni begini harus diteruskan. boleh dijadikan contoh yang baik kepada pelajar.semoga dimurahkan rezeki!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Moga ada yang ikut jejak langkah macam ni.

      Delete
  6. Alhamdulillah. Semoga Kak Ezna pun dapat pahala dan murah rezeki membantu edarkan beras dan bantuan tu. Syabas Math Matic.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks Bell. Bantu cara kita walau kita tak mampu nak bagi beras berkampit kampit macam Maths Clinic ni....kita bantu agihkan ajer...

      Delete
  7. Alhamdulilah.. membantu pun dah dapat bahagian pahala kita Ezna.. tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah buat Maths Clinic sebab menganjurkan misi pengagihan beras ni. Ada juga rezeki untuk dikongsi.

      Delete
  8. Alhamdulilah. Makin ramai yang membantu dalam keadaan sekarang kan. Bagus Maths Clinic nie - membantu anak-anak dan juga penduduk yang memerlukan.

    ReplyDelete
  9. Bagus aktiviti mcm ni. Dapat membantu kebih ramai org yang sangat memerlukan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul you. Kalau kat Kelantan tu sbb baru lepas dilanda banjir. Tu yg MC pilih lokasi kat Kelantan.

      Delete
  10. Math clinic ni ke dulu yg ada cikgu math yg viral tu? But anyways good initiative and such good heart to do such great deeds. Semoga allah murahkan rezeki mereka lagi

    ReplyDelete
  11. alhamdulillah satu projek amalm yang patut di contohi oleh semua orang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat setuju. Moga banyak lagi syarikat yang membantu.

      Delete
  12. Alhamdulillah...projek yang bagus untuk membantu mereka yang lebih memerlukan. Tahniah juga kepada semua yang terlibat.

    ReplyDelete
  13. Satu langkah murni yang wajar dan harus dijadikan contoh oleh segenap masyarakat.. harap usaha seumpama ini berterusan utk hari mendatang..

    ReplyDelete