Ada hari tu masa pergi Warung Kendi nak breakfast kat sini tapi tutup tapi kali ni dapat breakfast kat Warung Kendi. Hooray. Malam sebelum tu saya dah tanyakan kat mereka melalui messenger kat facebook page. Bukak ke tak keesokkannya?. Idak la main terjah macam tempohari tu lepas tu tutup. Frust pulak nanti. 😅
Kami tiba dalam jam 8.40 pagi macam tu. Nak kena pergi breakfast awal sebabnya 10.30 pagi Dania ada kelas online Bahasa Korea. Kena bagi masa juga untuk penyediaan breakfast tu dan untuk kami bersantai makan breakfast. Tak nak la in a hurry kan. Masa tiba pun orang dah ramai tapi meja kami ni tarik dari meja makcik sebelah ni. Hehe.
Warung Kendi ni buka jam 8 pagi.
Saya dan Dania order Kendi Special Breakfast.
Ni yang hubby order.
Ni lah Warung Kendi yang terletak kat Sepang, memang tenang ajer makan kat sini kerana dikelilingi pokok yang merimbun. Kat tepi tu ada sungai kecil.
Ni lah apa yang saya order. Boleh katakan kalau makan ni memang kenyanglah. Portion yang banyak jugak ni. Western style.
Sedap betul telur hancur dia.
Tempat duduk memang jarak-jarak la kat sini. Kalau ada yang datang kalau tak tahan menunggu meja kosong mau cancel dan terus balik ajer. Seronok makan kat sini. Best dengan suasana sebegini. Tenang, sejuk mata memandang pokok-pokok ni. Suasana kedesaan.
Belah kiri tu tempat mereka masak hidangan yang dipesan oleh pelanggan. Nak kena tunggu juga hidangan ni sampai. Tak boleh nak cepat-cepat kalau nak makan kat sini. Kena tenang-tenang ajer. Tiba rumah pun belum pukul 10.00 pagi jadi just nice ajer masa kami pergi breakfast tu. Rumah kami ke Warung Kendi ni dalam 16.4 km.
Kalau nak kan suasana macam ni masa breakfast 🌳....boleh la berkunjung ke sini.
Warung Kendi ni beralamat di :
Lot 3301, No 243, Batu 29
Kampung Jenderam Hulu,
43900 Sepang,
Selangor
kena tnya dulu kan , kalau pergi terus nanti, letih ja klu tutup hehe
BalasPadamYe betul. Dah terkena sebelum ni. Hehe. Tu yg tanya tu.
Padamwow..ada kelas warung2 pun. makanan macam kat hotel..hehe. betul jugak kalau tanya dulu kan senang, takde la frust nanti
BalasPadamMemang ye pun. Harga berpatutan dan rasa pun tip top!
PadamLooks like a simple but comfortable place to have your meal. The food looks delicious and the prices are affordable too right? Would love to pay this place a visit one day.
BalasPadamYes it is.
Padambestnya makan dengan suasana sejuk, tenang macam tu. Bab nak menunggu ni memang tak mampu la, kalau boleh tanya dulu memang tanya dulu sebelum pergi.
BalasPadamBab menunggu tu nak kena banyak-banyak bersabar.
Padamkadang gerai tepi jalan ni makanan dia lagi sedap, tak kisah la western ke chinese food ke kan..
BalasPadamTak sangka juga makanan yang dihidangkan sedap. Jangan pandang sebelah mata makanan yang dihidangkan di warung. Memang sedap! Betul cakap Bae.
PadamMenarik menu makan pagi. Macam McD Big Breakfast menu. Bella pun suka kalau sarap macam ni kalau tak nak mkn berat macam nasi lemak dan mi. Warung biasa mmg lg sedap makanan depa.
BalasPadamAh ah ala McD Big Breakfast. Sesekali tak nak makan nasi lemak. Kat sini pun ada bubur jugak Bella dan rasa dia pun sedap. Sis dah try.
PadamWah breakfast makanan org barat gitu..best tengok tempatnyaa..tennag je..sarapan sini memnag boleh berangan jap..hahaha..
BalasPadamTempatnya tenang ajer....tapi...nak tunggu hidangan tiba kena tenang2 ajer ye. Hehe
PadamWowww akak. Warung pun menu bukan biashe biashe tu. English breakfast tu! Pekena plak ngan kopi panas. Fuhhh. Menyelerakan. Saya suka la makan kat warung open air camni. Nikmat. Haha.
BalasPadamNak cari yang best payah gak....
PadamMenarik pulak, warung macamtu jual menu sarapan western.. nanti one day ke sana lalu boleh singgah..
BalasPadamMemang menarik. Menu western makan kat warung biasa ajer...
PadamKadang2 lagi sedap makan kat tempat macam ni dari kedai hipster ye :P harga pun jauh berlipat ganda lebih murah dan puas hati makan. Next time boleh pergi try la kat sini..
BalasPadamKalau makan kat sini harganya lagi murah compare dengan yang hipster. Janji makan kat sini sedap!
PadamSuka kalau dapat makan kat warung mcm ni. Hargapun berpatutan. Menu tu nampak sedap
BalasPadamAda bubur nasi jugak you. Ini pun sedap jugak.
Padamohh wowo...am craving hungry to try them all & really miss all my warung makan makan with friends. Lovely sharing here. cheers, siennylovesdrawing
BalasPadamYe sekarang ni rindu nak travel, rindu nak makan ramai.....
PadamWah... Kurlasss seyh! Menu western yang membuka selera pepagi hari. Tetiba rasa lapar tengok. Hehee...
BalasPadamKita dah simpan no nya nanti nak pegi kita contact dia dulu
Hehehe....tapi berbaloi pergi Nina sebab masakan dia sedap.
PadamBestnya suasana dia. Mesti makanan pun sedap kan teringin nak pergi nanti
BalasPadamSuasana kat sini memang best. Tenang ajer. Kadang2 boleh nampak monyet bergayut. Hehe.
Padam