Ahad, Mac 14

Fesyen remaja terkini

Actually kan lepas ajer makan nasi briyani ni, hubby kata jom ke Mid Valley. Apa lagi ada budak kemain happy oh....😅. All this while pun banyak terperap kat rumah ajer. Sekali-sekala kena keluar juga. Ambik angin katanya. Jalan jalan jalan kat Mid Valley tu tersinggah kedai ni. Bila tanya staff sini, Iora ni brand dari Singapura rupanya. 

Credit : IORA facebook

Cecantik juga design Iora ni ha. Jacket ni saya pun berkenan. Nampak smart ajer. Pakai dalam tu T-shirt lengan pendek pun tak apa. Nampak menyerlah kalau pakai T-shirt warna putih. Padankan dengan jeans atau skirt panjang. 
 

Dah letak siap-siap mix and match ni haa tak payah susah-susah lagi cumanya concern saya buat yang berhijab macam saya ni , kalau pakai skirt ni, kat dalam kena ada seluar sebab skirt ni kat bahagian hadapan ni cam pendek sedikit. 


Ni pun saya berkenan. Ala ala kot panjang. 


Kalau pakai ni samada pakai inner lengan panjang kat dalam atau pakai jacket kat luar. Kalau padankan dengan jacket denim pun cun. 


Fesyen yang ni macam fesyen Korea ajer ni.....


Haaa tengok ada yang try dah ni. Ummi pesan suruh mirror selfie. Ummi nak tengok. 😁


Fesyen yang ni pun cun tapi baju luar tu kalau padankan dengan blouse lengan panjang pun ngam dah. Seluar palazo ni pun kain dia lembut ajer.

Kalau nak cari baju remaja kan bagi saya kat sini cantik. Harga pun bagi saya ok lah juga. Bukan remaja pun boleh aih....banyak je fesyen kat sini yang saya berkenan. Iora ada juga di beberapa mall lain seperti One Utama, Sunway Pyramid, Isetan The Gardens dan Isetan KLCC. Go check it out!. 

Dah Iora ke? Saya dah. 💗

24 ulasan:

  1. betul, ini style fashion korean and japanese

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan....kena beli yang menutup aurat la kalau pakai hijab.

      Padam
    2. usually korean and japanese's mmg tutup aurat kalau pun skirt diorg pendek tapi bila tgk tul2.. itu socks

      Padam
  2. Mmg cun betul baju2 dia... Gaya korean n japanese ni

    BalasPadam
  3. Tak pernah dengar lagi brand ni tapi nampak menarik sebab design dia ala2 korea gitu. Baju mens takde ek

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alamak...boleh tak perasan ada baju lelaki ke tak...sis tengok kebanyakkannya kat sini baju perempuan.

      Padam
  4. Stylish la design dia. Bagus jugak kedai ni sebab design dari Singapore, baru la sesuai dengan negara iklim macam kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye setuju bab iklim sama tu. Baju2 ni sesuai la iklim kita juga. Takde la tebal.

      Padam
  5. I never heard of this before. But I like their designs. All are lovely and modest. I like the blue dress and and the green cardigan the most. Thank you for sharing your review of this brand with me.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maybe you should come to one of the outlet I listed above.

      Padam
  6. Tq sharing....suma cantik-cantik. Suka gak tengok sebab fesyen tengah in sekarang. Lama betul tak ke MV . Banyak kenangan kat sana

    BalasPadam
    Balasan
    1. MV ni antara shopping complex yg lama bertapak kat Kl ni.

      Padam
  7. Seluar palazo tu memang nampak cantik. Nie kalau my sisters nampak mesti diorang tangkap sehelai dua. Jaket tu pun memang nampak versatile.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau Rawlins bawak mereka....Rawlins kena belanja mereka.....

      Padam
  8. Fesyen wanita/perempuan sekarang memang banyak yg cantik2. Tapi kena pandai mix & match, kadang2 ada yang tak berapa nak cantik dipandang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Kalau dah berhijab pulak kena sesuaikan la. Kena la pakai yang sopan.

      Padam
  9. Lawanya jaket oren tu. Haish lama tak jalan MidValley..Lama juga tak membeli baju ni..hahaha. Kalau masuk dlam kedai mesti tak tau pilih mana

    BalasPadam
  10. Samalah anak Sis juga.. dia pun pakai fesyen gini.. anak-anak muda kan , kadang layankan aje.. tapi banyak beli on9 aje..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli online kalau ngam size dia ok tapi kalau tak ngam tu lah...

      Padam
  11. Cantekla semua pakaian kat sini. Suka tgk.. kena pandai mix and match lg nampak bergaya

    BalasPadam
  12. cantik lah.. huda pun berkenan.. kalau ada rezeki boleh rentas negeri nanti, nak singgah sini lah. thanks sharing

    BalasPadam
    Balasan
    1. Time boleh rentas boleh la Huda singgah. Kita doa2 lah moga kita dapat rentas dalam masa terdekat ni.

      Padam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...