Isnin, Mac 29

Birthday my man dan 3 shopping mall

Dalam pukul 12 tengahari dah keluar rumah menuju ke Pavilion, KL. Hubby kata nak ke KL sebab dah lama tak ke sana. Jalan nak ke KL takde lah sesak macam biasa. Ok lah kan?. Kami parking kat hotel Grand Millenia. Nanti saya bagitau berapa caj parking yang kami kena. Jeng jeng....

Ambik gambar Dania dengan latar belakang Pavilion. Macam tourist la pulak..hehe


Berkenan pulak kat background Dior ni so 1 gambar ummi please...Dania....tapi Dania geram sebab ummi bila tak berkenan je gambar suruh Dania ambik lagi sekali 😄
 

Kena beratur sini dulu. Nasib baik kejap ajer sebab kami tak ramai. Kebanyakkan yang nak makan kat sini keluarga ramai. 

Kami bertiga di hari ulangtahun hari jadi hubby yang ke?....😃
28 Mac 2021


Ada pavlova ajer. Takde kek lain. 


Dah pakat-pakat dengan staff Serai suruh menyanyi masa bawak Pavlova nanti. Hubby kata tak nak lilin-lilin ni (macam mengesyaki saya ada plan sebab sibuk jumpa staff privately). Hehe....Saya kata mana ada...nak minta staff tu ambik gambar ajer. Dania pulak dok senyum-senyum. Haishhh tak leh berlakon la. 


Pavlova ada tulisan dengan coklat. 


Normally kalau ada keraian apa-apa kami suka makan kat Serai ni. Nama anak owner Serai ni Qistina. Eh eh sama dengan email saya lah. Errr ok takde kena-mengena ok!. Memang best environment kat sini. Paling penting hidangan kat sini best dan halal. Boleh saya tak tahu dan tak pernah pergi makan kat Serai yang terletak kat Seksyen 3 Shah Alam tu. First restaurant mereka tu. Masa saya belajar kat UITM Shah Alam tahun 1997 - 1999 tu kalau makan pun kat Syed atau Khalifah area situ. 

Ok ni menu pilihan hubby. Nasi lemak. Dulu ada nasi ambeng tapi nampaknya makan kat cawangan lain pun dah takde menu nasi ambeng. 


Dania tekak orang putih jadi makan spaghetti carbonara. 


Saya pilih Ying Yong. 


Bergambar dengan birthday man. Banyak kali ambik jugak sampai ada orang geram 😆. Tukang ambik gambar la yang geram tu. 


Dania nak masuk kedai buku Times ni jadi masuklah kami ke sini. 


Mug ni hubby belanja. Beli Mr H, Miss D dan Miss E. Saya pilih Miss E sebab Miss warna pink. Kalau Mrs warna putih. Bagus juga kalau beli mug ni untuk hadiah birthday, wedding atau anniversary. Ada kotak cantik juga. 


Cantik la decoration kat dalam Pavilion ni. 


Kalau hubby beli beg ni boleh la geng Ena. Hmmm harga pun RM1000++ tu tapi katanya ada 50%-60% discount. Isteri dia beli boleh bayar 3 kali. Pulak tu beli murah. Hehehe. 


Lepas tu masuk Pull & Bear pulak. Meh try test topi pulak. Dania kata topi ni Jung Kook pakai. Ye lah Dania....saya kata pulak macam Pengerusi Surau je selalu pakai. 😁. Ye Pengerusi Surau rumah kami ni memang suka pakai topi ni. Dania kata macam topi memancing jugak. 


Sementara Dania pergi test baju, ummi dan ayah ambik peluang mirror selfie. 


Ummi ok tak?. Baju kemeja lengan panjang codroy warna ungu lembut dipadankan dengan seluar flowy warna putih. Ummi juga nak kena tengok ok ke tak....


Pull & Bear ni brand dari Spain kata adik cashier ni. Patut la seluar Dania warna putih tu made in Morocco. Spain dan Morocco dekat kan?. 

Lepas Pull & Bear adalah masuk keluar kedai macam Lush la....kemudian kami solat Zohor kat Tingkat 5 Pavilion. Masa tengah beratur tunggu nak masuk surau, ada orang tegur saya. Nor ye?. Mungkin muka saya macam 'Nor' la kot masa saya pakai facemask. 😅. Saya balas la bukan. Dania punya gelakkan saya kata muka ummi ni universal. Ada kata macam pernah nampak kat Negeri Sembilan, macam muka nenek dia, macam muka saudara kat Melaka-lah....


Ambik gambar kat fountain depan Pavillion. Kat sini memang ramai orang ambik gambar. 


Hubby pergi simpan barang dalam kereta dulu sebelum datang balik dapat pulak bunga. Ada orang Bangladesh pandang saya. Saya buat lawak. Mungkin dia ingat ummi ni 'Nor' kot. 😅. Saya beli kat orang jual bunga tepi jalan ajer. Nampak macam orang asing. Nak kata bunga Valentine, dah bulan Mac. Lepas tu bagi la kat hubby. Birthday man kan? Tapi idak la nak pegang bunga tu. Saya gak nak kena pegang. 


Actually masa kat Pavilion tu ada singgah Fahrenheit jugak tapi macam tak menarik pulak Fahrenheit ni. Cuma singgah Body Shop je la beli pelembab muka. Other than that tak singgah pulak mana-mana. Ingat kot ada cafe boleh minum-minum dalam Fahrenheit tu tapi akhirnya beli slurpee kat 7-11 ajer. Ok nak tahu tak caj parking kami kat Grand Millenia Hotel?. RM14 untuk 4 jam kami habiskan masa kat Pavilion dan Fahrenheit tu. Budget lagi mahal tapi nasib baik tak mahal sangat. Memang senang juga sebab tak jauh pun dari Pavilion tu. 

Lepas tu kemana kami?. Nak pergi kat Saloma Bridge pulak atau Pintasan Saloma. Tak tahu sebenarnya exactly tempat tu tapi ikut maps ajer. Ni kami lalu bawah Pintasan Saloma ni. 


Kami parking kat KLCC dan berjalan menuju ke sebelah NZ Curry House. 

Stop kejap.....pose....


Gambar ni cantik sungguh. I 💜 it. Highlight kat bangunan belakang tapi depan gelap la. 


Haaaa pertama kali kami ke Pintasan Saloma ni. Kalau gelap sikit lagi lawa. Masa ni jam 6 lebih petang ni. 


Dekat dengan perkuburan Kg Baru. Tak silap saya kat sini tempat P Ramlee disemadikan. Mungkin Pintasan ini diberi nama Pintasan Saloma sebab isteri kepada P Ramlee ke?. 


Dania cuba baca dalam Bahasa Korea. Eoseo Oseyo....(Selamat Datang / Welcome). Ada banyak bahasa untuk meraikan kedatangan pelancong asing di sepanjang jalan nak ke Pintasan Saloma. Dah jadi tourist spot pulak kat sini ye?.


Masuk balik KLCC untuk makan malam kat food court dan solat Maghrib. Kami duduk sebelah Nasi Padang. Rupanya Sari ratu ni. 


Perghhh panjangnya line nak masuk surau. SOP sekarang ni tak ramai dalam surau pada satu-satu masa. 


Penutup ni. Minum kat La Cucur. Dania dah sibuk nak balik setelah berjalan jauh jugak hari ni. Penat dah. 


Ok last dah.....singgah nak tengok air pancut berwarna-warni kat luar KLCC. Kalau nak baca pertunjukkan air terjun di Las Vegas boleh click ni https://bit.ly/2PDE9So


Eh ada pulak sebut nama selebriti?. 😂


Penat sungguh hari ni masuk keluar 3 mall tu. Pavilion, Fahrenheit dan KLCC. Kat KLCC kami habiskan masa dekat 3 jam lebih jugak la. Tiba rumah dalam 10.30 malam. Walaupun jalan dekat KL ajer pun tapi seronok kerana dapat habiskan masa bersama keluarga. Sakit kaki tu toksah cakap la. Lenguh-lenguh jalan jauh gak tu. 😁.

Kepada hubby, Happy Birthday!. Terima kasih bawak kami jalan-jalan. We 💗 You. Nanti bawak kami jalan-jalan jauh sikit ye?. Hehe. 


19 ulasan:

  1. Seronok tengok 3 beranak bersiar-siar sekitar KL :)

    BalasPadam
  2. Sekali-sekala memang sronok kan dpt jejln KL dgn family. Paling best dpt spend time di kedai buku. Saya kalo dpt ke Kinokunia KLCC memang x mo kuar dah. Kalo boley nak berkampung trus di situ. Hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wahhh sama macam my daughter ajer suka masuk kedai buku.

      Padam
  3. Happy bestday to your husband. Rawlins memang wajib singgah Times kalau ke Pavilion. Paling bahaya kalau ke KLCC sebab memang lambat keluar Kinokuniya tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha...bagus tu Rawlins suka ke kedai buku.

      Padam
  4. Jujurnya Sis belum pernah masuk Pavillion tu Ezna.. kalau KLCC pun tahun sebelumnya pergi masa nak ke Genting.. teringin gak nak masuk dalam tu nak tengok apa yang 'Gah' sangat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Gah sebab banyak kedai2 yang gah2. Nanti kalau turun sini boleh la singgah.

      Padam
  5. Seronok kan bila dapat spent time dengan family ke sana ke sini skrg... bonding time after so long tak dapat kemana2.. ni i keluar dengan my parent pun g makan2 then balik, at least dpt jumpa lepas rindu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selagi ada keluarga, jumpa lah mereka. I....mama dan papa dah takde.

      Padam
  6. Seronok! Sakan you ezz hehehe.sampai 3 mall berjalan. Btw happy belated birthday to your husband

    BalasPadam
  7. Happy birthday tuk encik suami hehe.. menarik pulak iena tengok pavlova tu..rasa teringin pulak nak makan :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks. Pavlova ni sedap sebab tak manis sangat.

      Padam
  8. Kak dah lama xjln2 KL sejak PKP penat tu kln2 3 mall, cuci mata

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penat berjalan kak.....tapi masa bersama keluarga tu sampai tak terasa masa berjalan pantas.

      Padam
  9. bertahun dah tinggalkan KL. Pavilion tu macam tak pernah pergi je lagi haha. Selamat hari jadi! semoga bertambah keberkatan dunia dan akhirat

    BalasPadam
  10. Selamat hari jadi pada suami akak dan juga moga bahagian sampai akhir hayat... Bestnya ada masa jalan-jalan dengan keluarga hehehe pastu pergi mall mahal-mahal shopping lak tu hehehe best-best...

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...