Khamis, Mac 4

Bercuti di Pulau Pinang Part 1

Masa awal tahun ada menginap kat hotel di Pulau Pinang. Kami ke Pulau Pinang pada 8 Januari 2021 (Cerita awai tahun...baru nak cerita). Sebelum tu makan kat kari ikan sembilang di 531, Jalan Juru, Kampung Sungai Semilang, 14100 Simpang Ampat, Pulau Pinang. Tahu tempat ni pun sebab ada geng masa travel sama2 ke Taiwan, uncle Sam ada mentioned pasal tempat ni. Dekat dengan rumahnya katanya. Jadi kami singgah la makan tengahari kat sini dulu. Kedai berkonsep warung kampung. Malangnya takde pulak ikan sembilang. Saya makan kari ikan pari. Itu pun sedap juga rasa kari ni. Jenis yang dah basuh tangan pakai sabun pun, kuah kari melekat kat tangan. Hehe. 

Credit : Google

Ok lepas tu kami teruskan perjalanan kami. Perut dah kenyang, kita pun happy. 


Pitstop pertama kat sini. Pertama kali menjejakkan kaki ke Geliga Gold. Selama ni kalau beli charm Gdora melalui agen ajer. Kali ni nahhhh depan mata kedai Geliga Gold (Gdora). Paper bag kat tangan tu adik punya. Dia kirim 2 charm. Saya cuma cuci mata je. Hishhh terang terus mata 😝


Dalam pukul 3 petang macam tu tibalah kat Hard Rock Hotel Penang. Tak boleh check in lagi sebab bilik tak siap jadinya dapat complimentary food untuk 3 orang. Kami makan dulu di cafe sebelum alat empat segi tu vibrate menandakan kena ambik kunci kat reception counter. 


Ambik gambar Dania dengan kepala ahli kumpulan The Beetles. 


Dah boleh masuk bilik dah. Ini bilik kami. Carpetnya macam ala ala glow in dark pulak. Warna?. Oh my my my favourite color pulak tu....purple. Bilik kami mengadap laut dan swimming pool. 


Katil king ni share bertiga selesa ajer. 


Permandangan luar bilik kami. 


Dekorasi dalam bilik air berkonsepkan moden. 


Lepas Maghrib, kami ke town. Hotel ni ke town tak la dekat sangat. Singgah kat Mee Hameed Pata ni nak makan mee sotong popular kat Pulau Pinang. 


Setiap kami order Mee Sotong sepinggan. Saya dah makan sotong la pulak padehal baru tindik telinga. Terlupa sebenarnya....hehehe


 Tak sah la kalau tak order rojak pasembor sepinggan. Share lah kami tiga beranak. Rasanya hubby yang kena perabihkan sebab saya dan Dania dah kenyang sangat. 


Jalan-jalan dulu kat sini tapi eh....apasal lengang sangat waktu malam kat sini?. 


Sebelum tiba hotel, singgah pasar malam di sepanjang jalan di Batu Feringgi. Jalan-jalan window shopping pun seronok. Hehe. 
 

Wajib juga singgah sini beli jeruk. Banyak je agen sepanjang jalan kat sini. Kami beli ni depan balai polis. 


Dah tiba hotel....tak larat nak jalan-jalan dah. Masuk bilik dan berehat ajer. Tunggu hari esok kemana kami? 


***Ini cuti-cuti kami sebelum PKP 2021 ye. Kang kata merentas negeri pulak. 🙏 Baru nak blog kan.  

16 ulasan:

  1. hehehehe!!! 5 mins driving from my house :)

    BalasPadam
  2. best!!! waaa jimat u tak pyh amik family room/ 2 double bed--i sbb ada 3 kids memang kalau pegi cuti mana2 wajib amik family room--dan tak semua hotel ada family room haishhh hehehhe

    BalasPadam
    Balasan
    1. You wajib 2 katil atau family room sebab ramai. Kami bertiga ajer. Hehe

      Padam
  3. Tengok hotel hard rock th terasa terus nak check in. Hahaha. Dengan menghadap ke lautnya. Pinang memang sah pasembor dengan mee udang lerr.

    BalasPadam
  4. rinduuuu nak balik kampungggg. tengok gambaq ni.lagi la hati ni meronta2 nak balik penang.

    BalasPadam
  5. best yer holiday ke Penang. huda memang plan nak ke Penang , 3 kali dah ni change flight date. hope dapat lah juga jejak Penang tahun ni..

    BalasPadam
  6. Bestnya dapat bercuti kan. Apa2 hal kalau dapat bercuti nie Rawlins nak balik kampung ke Sarawak dulu

    BalasPadam
  7. Penang di antara negeri fav saya. Sebab makanan lah paling best. Hahaha. Nak pi Penang lah nanti. Sekali ke Langkawi. Road trip. Yayy.

    BalasPadam
  8. Bella pergi masa 2 tahun lepas..sehari sebelum new year. Sonok tp tk semua tmpt pergi. Best naik the Top Penang.

    BalasPadam
  9. Rindu penang. Nak makan mee sotong tu haaaa. Geram tengok gambar tuuuu

    BalasPadam
  10. Lama sungguh tak ke Penang ni, anak dah besar ni belum ada ke Penang cuti family.. tapi anak ada pergi sendiri dengan kawannya.. nanti nak plan laaa

    BalasPadam
  11. Wahhh bestnya holiday kat Penang. Lama lah juga tak pergi bercuti dekat penang ni. Yang penting kalau pergi sana, mesti kena merasa rojak and laksa dia. Fuhhhhh. Harap-harap dapat lah pergi Penang tahun ni.

    BalasPadam
  12. this looks like the perfect weekend getaway! great food, comfortable hotel. can't wait to experience this after the lockdown!

    BalasPadam
  13. syoknya dapat jalan jalan penang. tunggu boleh rentas negeri je ni

    BalasPadam
  14. Tak sabarnya nak pergi bercuti lepas dapat rentas negeri ni hehehehe kita excited sangat ni dah lama duduk rumah terperap jer beku semua dalam otak ni wakakakka...

    BalasPadam

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Buka akaun bank dan lunch

Dania dah nak mula part time kerjanya jadi kena buka akaun baru pulak. FOS dulu guna akaun CIMB lepas tu latest ni tukar kepada akaun Ambank...