Kalau pakai phone android ni seringkali disuruh kita update kan?. Alkisahnya saya update la phone Samsung saya ni. Sekali bila dah selesai update, ter'key in' pin code yang salah. Apa lagi kenalah pulak masuk nombor PUK.
Sudah....PUK la pulak. Dah kena pinjam phone Dania untuk call Maxis Center. Bila call Maxis Center, Fikir yang tolong jawab semua persoalan saya. Pelik saya memikirkan sebab Fikir kata saya ada 2 nombor PUK (Dah kenapa 2 PUK pulak?...malas nak fikir). Kemudian kedua nombor itu tidak berjaya kerana phone saya memerlukan pin code. Salah masuk lagi sehingga Fikir menasihatkan saya pergi ke Maxis Center tempat saya menukar phone ini. Fikir punya fikir...baru teringat saya ambil phone ni sebelum saya nak ke Taiwan. Saya ke Maxis Center Mines Shopping Center. Jangan confuse ni Fikir di sini ada 2. Satu Encik Fikir dan lagi satu saya yang ber'fikir'. 😀
Ok fine, saya dan Dania pun menuju ke Mines Shopping Center. Disebabkan saya jarang ke Mines, nak masuk jalan ke parking Mines pun dah salah selepas U turn di Seri Kembangan. Haishhhh. Nak kena buat pusingan U pulak kat depan Segi Fresh Balakong. Nak kata dekat sangat pun tak juga. Buatlah pusingan U kat situ dan menghala ke Mines Shopping Center lagi. Kena hati2 supaya tak berpatah balik ke jalan nak ke Segi Fresh Balakong 😅. Nyaris-nyaris dah ok?.
Ok lah tiba la ke tempat parking. Kat atas takde parking, saya drive ke bawah. Alamak....parking kat bawah tutup pulak. Ada seal sekeliling parking. Adehhhh....nak kena keluar pulak parking. Nasib baik touch and go tidak dikenakan bayaran sebab nampak kat screen bayaran RM0. Lega.....dahhhh berpusing one round kena lalu Mines Exhibition Center yang lengang itu dan Hotel Philea Mines Beach Resort. Kemudian pusing kat roundabout (apa la nasib hari ni kena berpusing-pusing), baru masuk parking dan alhamdulilah ada rezeki parking dekat dengan pintu masuk. 😂. Dah scan dan terpaksa tulis suhu kat buku sebab phone tak boleh bukak.
Bila tiba kat Maxis, staff Maxis tu cuma ambik phone dia dan key in nombor telefon saya dan dia suruh saya masukkan PUK tu. Lepas tu dia key in kan pin code xxxx dan dia suruh pulak saya key in pin code personal saya. Wallah dah siap.....aik senang macam tu je?. Kalau tahu senang macam tu takde lah saya nak kena berpusing-pusing ke Mines Shopping Center ni ha....😆. Ikutkan hari ni saya nak masak tengahari tapi disebabkan kes ni makan je la kat Mines ni sebab perut pun dah lapar.
Kat sini ajer la destinasi makan kami dua beranak. Mc'Donald's je la ye?. Ni photo ni hantar kat hubby. 😜. Dia sibuk menanya masak apa tengahari?. Masak kat kedai ajer la ye....😁
Kita selit kat sini lauk makan malam. Udang bercili. Ada lagi lauk tak ambik gambarnya. Ikan talang masin dan petai. Alhamdulilah untuk malam ni. Kisah siang tadinya bukan setakat berpusing-pusing tapi kepala pun berpusing sekali 😅.
Pernah alami phone kena kunci?.
hahahaha mcm senang ja kan ... boleh jer buat sendiri haha
BalasPadamYe lar...idak tak payah sis berpusing-pusing sekali dengan kepala pun pusing. Aduhhh...
Padambelum pernah ada pengalaman macam ni lagi, tapi itulah rezeki gantung kuali la hari tu kan hahaha
BalasPadamRezeki tak payah masak hehehe....
PadamSo far I have yet to experience any unwanted phone-locking misery. Guess it is a blessing in disguise for you in the end as you get to indulge in good food. :)
BalasPadamYa blessing in disguise i guess. Hehe
PadamPernah fon terkunci sebab duk buat secure zigzag tu. Pastu terlupa plak bentuknya.
BalasPadamYe kekadang kita tak ingat la pulak. Phone kunci sebab salah key in banyak kali.
PadamAiyehh! Paling stress kalau phone buat hal macam ni.. so far tak pernah alami situasi macam ni lagi
BalasPadamMemang stress because you have to go to service center yang not so near to your house.
PadamMacam2 hal hahaha. Nasib baik dapat makan udang sedap. Hilang sikit stress
BalasPadamHahaha...tu yang betul tu you. Stress oh bila phone buat hal dan call maxis center pun tak jalan. Nak kena gi maxis center yang you ambik phone pulak....adehhh nasib baik ambik phone takde la jauh mana walaupun huiii takde la dekat mana.
PadamStep nya macam mudah kan? tapi takpe lepas ni kalau jadi lagi dah tau nak buat ape kan. hihi
BalasPadamTu la bahaya bila terlupa pin kan. Tapi lagi bahaya jika pakai pin yang sama pula kan. Nasib dekat je tempat nak settlekan masalah tu hehe
BalasPadamTak pernah lagi kena key phone ni sebab semua update then pasword ingat hehehe.. paling takut jadi gini..
BalasPadambab teknikal ni.. kalau bagi yang pakar.. pejam mata pun settle.. kita pula pening dibuatnya..
BalasPadamThanks for sharing this personal experience of yours, have learnt definitely from your experience. You have enjoyed a good feast too. cheers, siennylovesdrawing
BalasPadam