Nuff

Hello eznakhalili.com readers!!

@eznakhalili

Saturday, March 20

Penangan calculator berwarna pink

Mula-mula tak perasan la calculator warna pink bagai ni ha....sehinggalah ada seorang online tutor Dania kat Maths Clinic Plus dok promo dia guna calculator warna pink. Nama Sir yang ajar Dania tu Sir Jazel. Berkenanlah pulak dengan calculator Canon berwarna pink ni dan sebenarnya nak juga cari spare calculator untuk Dania just in case masa exam nanti calculator yang sedia ada habis bateri. Dania kata bateri calculator Dania dari Darjah 6 lagi. Meaning to say dah almost 5 years guna calculator yang sama tanpa tukar bateri. Lama ye?. 

Thanks Sir promo calculator ni sampai ramai student2 Maths Clinic Plus pun mencari-cari calculator yang sebijik macam ni berwarna pink. Hehehe....Ini termasuklah ummi Dania ni haa....cari punya cari ada pulak kat Hasani Books kat shopee. Tanpa second thoughts terus ajer pesan dan taraaa.....

Warna pink ni memang mengancam la. Saya ada post kat IG pun bila tengok insight memang ramai yang tengok post saya yang ini. Bila pergi kedai buku kat Pustaka Rakyat pun dok promo calculator ni tapi masa tu calculator ni dah habis stok. 


Close up calculator pink ni. 
Jenis Classwiz fx-991EX
Just in case sesiapa yang nak beli. Calculator ni upgrade sikit dari calculator Canon Dania yang sebelum ni. 
 

Tak lama lepas tu saya pulak yang dapat DM dari seseorang. Dia tanya macamana nak tukar decimal to fraction menggunakan calculator pink ni. Beliau beli calculator pink ni sebab tengok post saya kat IG ni lah. Bagus kalau terpengaruh dengan post yang memberi manfaat. 




Ok, berbalik kepada soalannya tadi....saya minta Dania yang tolong jawabkan. Nasib baik Dania boleh jawab soalan tu sebab sebenarnya Dania baru dan dan tu cuba guna calculator pink tu. Dania pun jawab la kat IG saya tu. Saya ingatkan pelajar ni pelajar sekolah menengah rupanya pelajar Diploma. 


Saya pun minta dia doakan Dania untuk SPM 2021. Dalam masa yang sama saya juga doakan untuk dirinya. Calculator warna hitam ke pink ke kalau tersalah buat soalan Matematik ke Matematik Tambahan ke tetap salah. Jangan cuai ajer. Cuma dah ada 2 calculator ni boleh la buat tambahan jikalau satu calculator tu kehabisan bateri. Pernah berlaku kat anak kawan saya. Terpaksa pinjam cikgu punya masa exam tapi masa tu kalau dah gabra takut terganggu konsentrasi la pulak kan....

15 comments:

  1. saya pernah hilang calculator masa trial spm...sebelum tu ada dalam beg.,.. pergi rehat masuk kelas balik nak exam..kalkulator hilang. kelam kabut pergi bilik guru pinjam kalkulator

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang ambik tak tu sebab orang tu lupa bawak kalkulator. Nasib baik boleh pinjam kat cikgu.

      Delete
  2. atie klu org bg calculator ni now, mmg dah lupa cara nak guna.. semua yg belajar dulu dah 100% lupa :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah...anak sis boleh la mengajar kat orang. Sis memang lupa function dia tu.

      Delete
  3. Time zaman anak sekolah mmg penting calculator ni, tgk jenis mahal mmg byk fungsinya, moga anak berjaya dlm SPM

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih :). Anak memang kena pakai calculator saintifik ni khas untuk matapelajaran Matematik dan Matematik Tambahan.

      Delete
  4. Zaman saya dulu, ada kalkulator biru pekat-hitam tu aje. Kalau ada pink ni masa tu maybe lebih semangat *alasan* haha

    ReplyDelete
  5. memang sesuai sangat dengan pompuan.. kalau lelaki yang guna pasti banyak mata memandang semacam je.. memang rare kaler tu.. tak pernah nampak sebelum ni.. biasa hitam dan kelabu je

    ReplyDelete
  6. Kalau anak pompuan memang pink laaa kan.. macam Sis kat uma ni ada 3 dah.. duk simpan, kadang anak sedara datang guna hehehe Sis je tak pandai nak guna..

    ReplyDelete
  7. Ni la calculator nyawa zaman u dulu haha.. tp dulu cuma ada kaler hitam je x de kaler pink camni hehe

    ReplyDelete
  8. Kenapa cantik sgt kalkulator pink ni. Kalau lah zaman belajar dulu ada, mesti dah beli sebab warna favourite. Moga Dania terus sukses ya

    ReplyDelete
  9. Comel la ezz kalkukator warna pink. Kalau i beli tunggu Amani la yg pakai hehe

    ReplyDelete
  10. Wow! Dah berapa lama tak pegang kalkulator macam ni.. Hurm rindu juga ye! Btw, cantik ni ada color pink now.. dulu semua satu color jer...

    ReplyDelete
  11. hehehe calculator ni sama memang fav kak. dulu hitam je semua calculator kita. bila ada warna pink, beli juga. hahahaa.

    ReplyDelete
  12. Dah bertahun tak pernah pegang aklkulator. Time anak mintak baru belikan itupun kena sosal siasat dulu mana kalulator lama dan kenapa nak yang baru. Haa gitulah. Apapun ikut jer pilihan anak nak yang mana janjio dia pandai gunakan. Pink memang cun , rasa ceria sikit nak belajar.

    ReplyDelete