Lepas ajer balik dari Habib Ampang, kami pun singgah makan kat Pelita berdekatan sebelum meneruskan perjalanan balik ke rumah. Suami decide ikut jalan dalam berbukit kat Ampang tu yang tembus ke Hulu Langat. Naik turun bukit la kami ala ala pergi kat Cameron pulak rasanya dengan permandangan pokok yang menghijau kiri dan kanan jalan.
Akhirnya singgah parking depan Masjid Kg Jawa Batu 18, Hulu Langat. Tujuannya kan sebab terletaknya sebuah kedai seberang jalan masjid ini yang suami nak pergi.
Eh apa ada kat sini ye?. Kat sinilah terletaknya kedai jual bahulu. Namanya Bahulu Classiq. Nak dijadikan cerita tinggal 1 paket ajer bahulu untuk dijual. Memang rezeki kami lah ni. Saya lah yang paling suka bahulu ni. Hehe. Cicah minuman panas tu perghhh tak terkata nikmatnya. Dania pun dah pandai makan mencicah bahulu juga. Nak datang sini boleh waze ajer Bahulu Classiq ya?.
Dalam perjalanan tu akan bertemu dengan permandangan seperti ini. Tak berapa nak clear sangat berhenti kat sini sebab dihalang oleh pokok-pokok yang merimbun.
Kat sini pun sama juga tak clear tasik ni.
Sehinggalah tiba kat sini. Patutlah ada beberapa buah kereta berhenti kat sini. Ada yang siap berselfie kat sini. Cantiknya permandangan. Sangat memukau. Nak tahu kat mana ni?. Inilah empangan Semenyih, Hulu Langat. Tempat air disalurkan ke rumah-rumah. Rasanya area rumah saya sumber air datangnya dari sini. Sangat luas kawasannya.
Masa ni cuaca mendung ala nak hujan. Sampai berkabus kawasan bukit kat sini. Inilah pertama kali saya ke sini. Memang lawalah lalu jalan dalam ni.
Memang best la kawasan kanan dan kiri dihidangkan dengan warna segar hijau. Tak lama lepas tu Dania cakap bila nak tiba rumah ni?. Macam jauh je. 😂. Ye lah ikut jalan kampung / dalam ni mana la boleh bawak laju. Kadang jalannya sempit. Lainlah kalau ikut highway boleh la bawa laju sikit. Akhirnya kami tiba kat persimpangan Universiti Nottingham. Kalau nak pergi Universiti ni kena masuk ke dalam lagi. Lepas ni kami terus masuk jalan highway.
Hmmm baru je nak adventure la Dania ni pun. Highway mana ada permandangan macam ni 😁. Alhamdulilah tibalah kami safe and sound kat rumah. Balik apa lagi buat air panas dan cicah la teh o tu dengan Bahulu Classiq yang beli tadi.
Sesekali road trip macam ni pun best. Ye lah, nak rentas negeri tak boleh lagi. 🙏
kalau atie pun stop selfie sbb nmpk cantik dlm gmbar
BalasPadamBetul. Wajib ambik gambar kat sini.
Padamkalau yg jenis suka dgn photography nature ni, mmg cantik la kan sis
PadamMemang dah Atie....
PadamI would love to bask in the beautiful and calming ambience over there. Just look at the lush greenery and cotton-like clouds. :) So soothing and liberating right?
BalasPadamYes it is...
PadamHehehehehe..........last week my family and I pun jejln area Kuala Selangor since Selangor shj tempat yg kami boley travel takat nie. Glad you enjoyed your rod trip. Beautiful pictures you got here.
BalasPadamThanks. Eh last week pun sis ke Kuala Selangor :). Ye lah situ je kita boleh pergi.
Padamfirst gambar tu ingatkan berjalan ke cameron highland..hahaha
BalasPadamcantiklah tempat dia. jalan jauh pun takpe dapat tengok permandangan lawa macam ni :)
Tak...ni kat Ampang tapi jalannya macam mat Cameron Highland.
PadamDalam gambar pun nampak cantik gambarnya.. tersusun cantik je bukit tu dan sesuai dengan cuaca yang nyaman dan segar
BalasPadamBetul. Dah tak boleh keluar negara....kita appreciate permandangan dalam negara.
PadamJenjalan tengok permandangan pun best kan sis. Saya yang duduk area sini pun tak pernah lagi sampai ke empangan tu. Haha
BalasPadamSila la ke sini. Saje jalan2. Hehehe. Jgn lupa snap banyak gambar ye.
PadamYa Allah menggamit kenangan sungguh dem semenyih tu. Zaman fly asrama dr seremban sampai ke sana. Hehehhehe bestnya rindu nak ke KL nk ke Hulu Langat
BalasPadamSemua rindu nak merentas negeri termasuk la sis.
Padambestnyaaa i suka road trip tempat macam ni. tenang je rasa. rinduuu nak travel
BalasPadamBetul....sis pun suka.
PadamRasanya saya tak pernah sampai lagi kot Hulu Langat ni. Cantik juga ya pemandangan tasik tu dari atas.
BalasPadamBetul memang cantik.
PadamKak pun klu pf trip mana2 mmg suka amik gbr pemandangan sepanjang perjalanan, naik kete xpernah psg aircond sbb suka akan angin. haaa
BalasPadamBest juga tu bagi angin luar masuk.
Padamcantik la view tasik kat hulu langat ni. tak boleh rentas negeri ni peluang nak teroka semua tarikan menarik di sekitar kita
BalasPadamYe kiranya cover negeri Selangor ajer ni.
PadamCantiknye. Baru tau ada tempat ni kat hulu langat. Tenang je tengoknya
BalasPadamCantik kalau tengok live.
PadamTime tak boleh merentas negeri ni, selagi boleh bergerak bercuti walau dalam negeri sendiri pun jadilah kan.. at least anak pun tak bosan kan...
BalasPadamRoad Trip pun ok takde la terperap rumah ajer.
PadamSuka bila dapat jalan tempat mcm ni. And jumpa pula tempt jual bahulu .. bestnyaa
BalasPadamHubby i tau sebab dia pernah ride motor dengan kawan2 area ni. Ni dia nak bawak I dan Dania pulak.
PadamJauh betul mencari bahulu ye. Hehe. Indahnya pemandangan tapi empangan tu. Cuaca plak just nice ye kalau nak berpiknik.
BalasPadamAlang alang balik dari Ampang Rawlins. Ada jalan kat Ampang yg tembus ke Hulu Langat. Boleh je guna highway terus tapi ni jalan dalam. Ada lak bahulu on the way ni. Wajib beli. HEHE.
PadamPergh cantiknya tempat ni... tak pernah taw pun kewujudan dia, maybe sebab jarang ikut jalan ni kan.. next time nak pergi juga la.. Cantik untuk bergambar... OOTD kat situ :)
BalasPadamYa you should come here.
PadamEmpangan Semenyih pun ada. Saya baru tahu. Saya duk Ampang belom lg meronda Hulu Langat. Nanti nak jalan-jalan ke sana. Best juga ni. Tq akak share.
BalasPadamAda Ruby...empangan ni yang kadang2 ada masalah sebab tercemar. Udah tak dapat supply air kat kawasan berdekatan. Lawa sangat sebenarnya permandangan kat sini tau Ruby. Nanti ronda la belah sini.
PadamBiasanya saya memang akan suruh suami stop kalau tengah dalam perjalanan nampak kawasan dengan pemandangan yang menarik. Boleh jadi terpi rehatkan minda seketika
BalasPadam