Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 22

Pergi tak kembali dan kisah Kuala Selangor

Dapat whatsapp pagi lagi dari adik inform ibu mertuanya dah meninggal dunia. Sebelum itu Umi memang tengah sakit dan keadaannya tidak stabil akibat terjatuh di rumah dan diserang angin ahmar. Umi dirawat di Hospital Shah Alam. Ikutkan adik beradik belah suami adik saya nak bawa ke Sunway Medical Center untuk 2nd opinion tapi allah maha mengetahui kan....memang tak sempat bawa dan meninggal di Hospital Shah Alam. 😥. Saya memang panggil Umi jugak. Kalau jumpa memang saya akan kata saya nak menumpang kasih Umi sebab Mama pun dah takde 😭.

Ok. Saya anak beranak breakfast dulu kat rumah dalam jam 11 pagi sebelum bertolak ke Masjid Umariah, Kg Perepat, Kapar. Dalam perjalanan tu doa doa moga kami sempat sampai la boleh la solat zohor dan jenazah sekali. Bertolak ke sana berpandukan location yang adik share melalui handphone. 

Bila tiba je saya dan Dania sempat solat zohor ajer tetapi suami sempat solat zohor dan solat jenazah. Alhamdulilah. Adik saya perempuan yang dua orang ni sempat la solat jenazah. Ye lah kami tiba pun masa jemaah dah habis solat zohor. 


Van jenazah yang membawa umi ke pusara. 
 

Ikut belakang kereta adik ipar untuk ke pusara. 


Umi dah pesan supaya yang perempuan tidak ke pusara. Adik beradik adik ipar yang perempuan beserta adik saya pun akur tak ke pusara. Saya hanya ambil gambar dari kejauhan sahaja. Sayup-sayup ajer nampak ni. 

Doakan Umi, Zaiton Binti Mohd Saad ditempatkan di kalangan mereka yang beriman ye?. 😞


Hujan pun mulai turun dengan lebatnya. Kesian hubby tak bawa payung tadi. 


Selesai pengkebumian, kami meneruskan perjalanan ke Kuala Selangor. Hubby berkira-kira nak makan Mee Udang Banjir kat Kuala Selangor tu. Nasib baik breakfast makan agak lewat jadi boleh lapik perut la kan. Perjalanan mengambil masa 40 minit atau lebih......nak ke Kuala Selangor sebabnya banyaknya kereta kat Kuala Selangor nun. 


Ramainya makan kat sini. Entah-entah yang datang jauh macam kami. 


Nampak pau abah, beli 2 pau kaya dan 1 pau kacang. Makan la dulu. Takut-takut ramai macam ni order pun dapat lambat. Pau ni gebu dan inti kaya pun banyak dan sedap. 


Ni dia mee udang laut. Udang galah dah habis ye. Laut pun laut lah. Ada 5 ekor jugak la. Size pulak saya rasa size besar ni. Alhamdulilah kenyang...tapi bab udang tu saya kidnap jugak udang hubby seekor 🍤. Saya ni memang peminat udang 😋. Semangkuk mee udang laut ni harganya RM17. 

Mee Udang Banjir Kuala Selangor
587, Jalan Bandar Baru Batu 2, Pasir Penambang,
45000 Kuala Selangor, Selangor
019 - 664 4235


Selesai makan, kami ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim di Kuala Selangor ni untuk solat asar sebelum bergerak balik rumah. Tiba rumah pun dalam 8 malam. Kat tol nampak ada polis jaga jugak. Eh...polis ni memang tunggu kat tol ye?. Tol keluar takde tapi tol nak masuk. 😨


Hari ahad kami pun terisi. Ingat nak duduk rumah ajer....

14 comments:

  1. takziah kepada yang berkenaan..
    wow udang tu besar betul..terliur rasanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih. Udang tu memang besar. Puas makan.

      Delete
  2. Salam Takziah :(
    sedihnyaaa kalau ada yg kita kenal pergi

    ReplyDelete
  3. Takziah ezz.swdih kan bila dapat berita kematian

    Tapi mee udang tu nampak sedap betul.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu lah you dah la menumpang kasih kat mertua adik lepas tu mertua adik pun meninggal. Memang sedih la you. Mee Udang tu sedap you sebab udang dia besar.

      Delete
  4. Salam Takziah pada keluarga yang pergi kita doakan untuk mereka moga rohnya di rahmati Allah. Yang hidup kena teruskan hidup makan tetap kena makan hehehe sedapnya...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makan memang kena makan. Nak nak depan mata kita tu udang....hehe

      Delete
  5. salam takziah sis! kecur pulak air liur tengok udang tu. khai memang fav makan udang especially besar and mahal! haha tringin nak bawa family makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silalah Khai. Boleh la belanja keluarga Khai....

      Delete
  6. bila baca pasal kematian je rasa muhasabah dri. bilalah agaknya masa kita nanti. salam takziah ya kak Ezna.

    ReplyDelete