Khamis, Mac 27

Paya Indah Wetlands, Dengkil

Hari Sabtu minggu lepas sempatlah kami berkunjung ke Paya Indah Wetlands yang terletak di Dengkil. Ikut signboard ajer di Sepang near KLIA tu. Ni first time sampai kat sini. Tiba kat guard house tanya la apa yang patut kami buat kat sini. Mula-mula kena daftar kat kaunter pendaftaran dan kita akan diberi pas kebenaran untuk meneroka Paya Indah Wetlands. 

Ni kolam buaya ni. Ada dekat 40++ ekor buaya. Kalau datang dalam pukul 10-10.30 pagi, ada sesi bagi makan buaya.


Ternampak buaya sedang lepak atas darat. Bila kami datang ajer terus masuk dalam air. 


Ni kolam bunga teratai. Bila datang dekat sini ajer hubby kata ada biawak yang dok tertinjau kami.... lalu hubby kata jom jom naik atas. Takut kena serang dek biawak ajer nanti...


Ni kolam badak air. Semua badak duduk dalam air ajer. Bila bernafas ada semacam bunyi mendengus yang kuat. 


Ada menara tinjau kat sini. Hubby ajer yang naik. Tinggi. Boleh meninjau beberapa tasik di sini.


Ni kawasan landak dan kura-kura. 


Landak tengah berehat di bawah log kayu....


Ni kura-kura yang diselaputi lumpur...


Ada laluan untuk menikmati keindahan Paya Indah Wetlands. Kami ada terjumpa beberapa spesis burung kecil yang berwarna-warni. Rugi tak bawak teropong ke sini. Kami akhirnya ke laluan dengan tulisan Gate 2 Paya Indah Wetlands. Terjumpa dengan 3 orang orang Indonesia yang sibuk membina pagar. Rupanya kalau kami terus lagi ada kebakaran hutan sebelah sana. Jadinya kami berpatah balik ke arah kami masuk tadi. 


Ok juga aktiviti begini. Penerokaan flora dan fauna. Datang sini jangan lupa bawa teropong dan kamera ya. Me lupa bawak kamera jadinya pakai kamera phone ajer. Kualiti gambar agak blur....

Kat sini juga ada chalet percutian selain boleh mengadakan aktiviti perkhemahan dan hari keluarga. Ada juga aktiviti night safari di mana kena ada 8 orang dalam satu kumpulan. 

4 ulasan:

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Siapa si comel tu?

Lepas tengok jerayawara Warisan Kita : Terus Tumbuh tu, kami pergi solat asar dulu kat surau KLCC. Lepas saya dan Dania selesai solat tiba-t...