Masa tengah duduk2 atas rumput di taman berdekatan Restoran Ikan Bakar di Putrajaya. Hubby pulak sibuk pusing taman kat situ. Dania sibuk main panjat-panjat kat situ. Bila me suruh panjat yang paling tinggi, Dania geleng kepala. Hehehehe. Anak ummi gayat rupanya. Hehehe. Bukan anak ummi ajer....ummi pun spesis gayat.
Me perasan ada 3 orang duduk kat rumput betul2 belakang me. Me senyumlah. Dalam hati me siap cakap wahhhh siap bawak makanan lagi. Leh picnic kat taman gitew.....Sekali, ada orang menyapa me. Ni Kak Ezna yer? Me kata yer. Me tanya siapa? Beliau pun memperkenalkan diri. Beliau mengenali me sebab baca blog kecik me ni. Haaa......kena sangat la tu. Memang blog me ni Small....'My Small World' :-)
Berborak-borak, siap berselfie bersama Nina lagi. Hehe :-) Beliau datang bersama 2 adik dan seorang anak beliau. Siap mengenali Dania lagi. Dania memang model tetap blog ni. Beliau sedang preggie anak kedua beliau. Opsss terima kasih atas keropok itu yer.... :-)
Tak sangka kan melalui blog pun boleh dapat kawan juga. Moga berjumpa lagi dan moga selamat melahirkan baby yer.... :-)
Nina....mukanya ada seri keibuan di situ....
i love selfie :)
BalasPadam