Sekarang ni kita banyak belajar tentang aviation. Ni antaranya...panjang pesawat mengikut kod.
Insyaallah bakal naik Airbus 330-200 ke airport transit dan Boeing 777-300ER yang ada dalam gambar ni ke destinasi kami (panjang juga yer....) Bukan. Kami bukan menunaikan umrah kerana ada yang tanya hubby. Umrah insyaallah menyusul jika urusan jual beli kami settle dan ada rezeki ke sini. Nak kena tunggu adik ipar Suzz ni :-) Kami guna perkhidmatan adik ipar Suzi....daripada Othman Hashim & Co untuk urusan jual rumah.
Print screen from here
Jika semuanya berjalan lancar, jikalau flight tak ditukar pada saat akhir....boleh la me buat coverage dalam flight Hello Kitty by Eva Air. Teruja sangat-sangat me and Dania ni. Me memang saje pilih Eva Air sebab ada tema Hello Kitty. Dalam seminggu 3 kali ajer ada flight Hello Kitty. Kebetulan tarikh me pergi dan balik tu terkena dengan Hello Kitty Jet. Mula-mula me tak perasan. Tarikh pergi tu memang me saje pilih yang kena Hello Kitty Jet. Pastu me pilih tarikh akhir tu mengikut tarikh akhir tour berakhir. Check punya check...eh eh....Hello Kitty Jet juga. Ni ada photo Hello Kitty Jet ni. Comel tak?
Photo taken from google
Not only flight ini di cat dengan Hello Kitty dan kawan-kawan tetapi best part ialah...
Makanan bertema Hello Kitty
Photo taken from google
Baju pramugari bertema Hello Kitty. Lapik tempat duduk pun Hello Kitty
Taken from google
Barangan di bilik air bertemakan Hello Kitty
Taken from google
Boarding pass bertema Hello Kitty
Photo taken from google
Bag tag Hello Kitty
Photo taken from google
Kad keselamatan penumpang yang diletakkan di bawah tempat duduk para penumpang
Photo taken from google
Segalanya Hello Kitty. Setiap negara yang ada Hello Kitty Jet ni mengikut tema seperti Taipei - LA = Hello Kitty with Sanrio Family, Taipei - Tokyo (Haneda) = Hello Kitty with Magic Stars, Taipei - Narita = Hello Kitty Speed Puff, Taipei - Seoul = Hello Kitty Loves Apples. Boleh check it out kat sini if rasa nak experience Hello Kitty Jet.
Me tempah flight ticket under syarikat Pakengku Kuzie Katering (Empire Global). Pakengku dah ada travel agency sendiri. Paling best sebab terletak area kawasan rumah me. Boleh check it out di sini. Special sebab Pakengku sendiri cakap ngan me melalui telefon. Me request Muslim Food untuk flight Eva Air ni. Boleh request ye. Harga?? Special price sebab Pakengku dah kenal me. Kenal sebabnya beberapa kali juga dijemput ke majlis Kuzie Katering mahupun ke rumah Pakengku di Shah Alam. Bermula dengan kawan di fb ajer. :-) Tambahan Pakengku layan kawan2 di fb dengan baik sekali...tq Dato Engku :-)
wahh..menarik sgt nih..jgn si Dania takmo turun sudah..kekeke
BalasPadam