Kali ni pergi Kidzania atas jemputan kawan. Sempena birthday anaknya Daanya. Me and Dania je yang pergi. Kawan me belanja semua jemputan. Join group anak saudara my friend dan kawan-kawan Daanya. Masa masuk me telah dimasukkan dalam group 3 kanak-kanak dan 1 dewasa. Pihak Kidzania ni pun nak senangkan kerja sebab ada few dewasa dan kanak-kanak jugak. Setiap group ada 4 orang.
Dania tak join group kanak-kanak tu sebab pada mulanya dah cukup orang masa beratur nak main tu. So Dania kata nak main kereta. Lesen dah ada bolehlah memandu kereta ya. If not kena ambik test dulu. Hehe.
Nak jadi pekerja kat Poslaju pulak.
Hantar parcel kat Capt Air Asia.
Pergi acting school dan kebetulan hari ni tajuk Ninja Turtle. Pilih bola nak tentukan watak, Dania jadi pencuri...Errrrkkk...baju hitam putih yer...
Ummi dah mula rasa lapar so Dania belajar buat burger kat Marrybrown.
Nahhhhh satu burger dikongsi bersama.
Nak buat Jewellery pulak. Terjah sini pulak nak buat gelang.
Lepas tu hantar delivery tong seamaster pulak. Me dah duduk area sini ajer. Letih nak ikut Dania...Hehehe...
Kali ni buat biskut Oreo. Actually ni dah kali keberapa Dania buat biskut Oreo ni.
Sebelah Oreo, Dania buat coklat Cadbury pulak.
Tu dia....pergi balik Acting Academy. Kali ni dapat jadi Michaelangelo pulak. Taraaa......belakang tu siap pakai cengkerang penyu. Hehehe...
Gaya ni hmmmm gaya apa ni Dania?...Ni Dania melakonkan watak Michaelangelo. Tengah makan pizza kalau tak silap me.
Setiap jam pasti ada tarian Kidzania akan dipersembahkan. Tunggu pukul 4pm nih. Ni kat Clock Tower.
Ni salah seorang maskot Kidzania. Nama dia Chikka.
Ni lah barisan kanak-kanak riang ni. Daanya ni yang pegang hadiah warna kuning tu. Budak baju putih tu cutenya. Errr mati-mati i ingat dia perempuan...hehehehe sebab rambut dia panjang. Ada iras2 Karate Kid anak Will Smith kan?.
Me nak balik awal sebab kalau balik masa Kidzania dah tutup, agak sesak kan. Me try call my friend tapi tak dapat. Jadinya teruslah nak keluar. Alehnya so called 'Kastam' Kidzania tahan me tak bagi balik sebab me kena bertanggungjawab atas 2 budak lagi. Me pun tak ingat siapa dalam group me tu. Me dah explain me datang atas jemputan kawan. Cashier kat bawah yang bagi siap2 group 4 orang sekali masuk. Huh tak diterima tu.
So me call dan call kawan me tu. Nasib baik dapat. Kawan me terpaksa panggil semua kanak-kanak keluar. Kesian tak? Disebabkan me semua terpaksa keluar. Me dok bebel2 kat kawan me...Ina....ni lah dia ni yang kata kena bertanggungjawab tak habis habis ni. 'Kastam' Kidzania siap kata me and Ina kawan kan? Me kata ya. The thing is, kawan tak semestinya duduk kat tempat yang sama dan balik pun sekali kan?....Tetiba baru Ina perasan yang anak sulung dia pulak takde dengan sepupu anak sulung dia tu. Dah Ina kena masuk Kidzania balik while me jagalah kanak-kanak riang semua.
Lesson learnt, next time kalau datang Kidzania atas jemputan...pastikan kita masuk dalam group family kita ajer. Kalau ada orang lain masuk group kita....kena pastikan siapa yang masuk group kita tu. Kalau dia balik, kita pun kena balik. Kalau tak nak balik??? Err nanti dikatakan kita kena bertanggungjawab atas mereka yang satu group dengan kita tu.
To Ina...tq tq tq sebab jemput. Dania memang enjoy. :-)
wah..memang heaven la klo jadi budak2 pegi sini..senyum lebar smpai ke tmpat tdo..
BalasPadamwah buat busday taja smua jemputan ke kidzania bertuah la dania dh 7x pegi ye...tisya bila ntah nk smp
BalasPadam