Jumaat, Mac 28

Kenduri di 2 tempat

Mula-mula kami gi kenduri di rumah kawan arwah papa. Bukan orang lain pun. Pegawai atas me jugak masa kat LKIM. Cik Mat ni kira kawan arwah papa masa kat U dulu. Memang baik dengan arwah papa. Kebetulan memang kenal isteri kedua beliau yang juga bekerja di LKIM. Isteri beliau yang pertama meninggal masa me kecik dulu. Itu yang arwah papa bagitau. 

Kenduri ni untuk meraikan anak Cik Mat dengan isteri pertama dahulu. 


Teruja tengok kek warna kuning ni


Selain makanan utama, ada kuih-kuih disediakan juga. 


Dania dengan pengantin yang mukanya persis Ustazah SNB. Ada kan?


Ada arch bunga kat luar rumah...


Haaa ni lah kawan atuk tu. Kecik ajer. Ada ke patut atuk ni cakap kat Dania...pernah dukung ummi masa kecik?...Kih kih kih.....sabar je lah. Dan atuk ni kata atuk kawan kepada atuk Dania. Nak dekat sama tinggi atuk Cik Mat dah...


Lepas tu singgah pula kat kenduri di Kelana Jaya. Tak jauh la dari rumah Cik Mat kat Subang Jaya tu. 


Kat sini ada arch bunga berjurai...Cantik...


Memang kenyang sampai ke petang sebab makan kat dua rumah pengantin....rezeki jangan ditolak yer...

1 ulasan:

  1. seronok kan pegi makan kenduri, gantung periuk, tak payah masak. hihih

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rasa jagung ungu

Bila rebus, jagung ungu ni....air rebusan berwarna gelap. Ini rupa jagung setelah direbus. Patutlah Pak Din kata jangan rebus jagung ni deng...