Selasa, Mac 18

Resepi Spaghetti Goreng

Ada yang tanya me apa yang me masak untuk bekal Dania bawak ke sekolah. Ok...me nak share lagi satu bekal yang me masak untuk Dania. Simple ajer....


Spaghetti Goreng


Bahan-Bahan yang digunakan :

1. Spaghetti jenis halus dicelur
2. 3 ulas bawang putih diketuk
3. Cili api 5 biji
4. Cili hidup 2 biji (Cili api dan cili hidup ditumbuk halus. Mama me bagi petua nak sedap cili ni kalau campur dua-dua mesti nombor ganjil. Sama juga nak tumbuk sambal belacan. Boleh apply yer...)
5. Tomato ceri dipotong dadu
6. Ayam dipotong dadu. Nak tukar ayam jadi daging atau makanan laut pun boleh. 
7. Lobak merah
8. Kobis dipotong halus
9. Bunga kobis dipotong halus
10. Garam secukup rasa
11. Telur dadar dipotong halus untuk hiasan
12. Serbuk lada hitam ditabur atas spaghetti
13. Minyak zaitun untuk menggoreng


Gorengkan semua bahan di atas dengan menggunakan minyak zaitun. Nampak je warna cerah tapi rasa spaghetti ni pedas juga. Boleh kurang atau tambahkan cili padi untuk yang suka makan pedas. 

7 ulasan:

  1. Saya pon kalo na pki cili slalu amik no ganjil... :)

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. Sedap utk tekak anak kira dah lulus lah...hihi

      Padam
  3. yum yum :) i tak pernah try guna minyak zaitun tu..tak pernah beli pun..nak kena try lah nanti

    BalasPadam
  4. tk pernah wat spaghetti goreng sbb tisya suka spaghetti carbonara...dania mkn pedas ye

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...