Rabu, Mac 12

Makan Time : Gerai makan tidak bernama ....

Setahu me lah...gerai makan ni memang tak bernama. Tapi me pernah mendengar ada pengunjung gerai makan ni menamakan restoran bunian atau restoran bawah pokok. Gerai ni biasa ajer. Tak lah besar mana tapi nak makan kat sini kena booked dulu yer. If not penuh memanjang especially kalau time lunch weekdays. 


Menu setiap hari memang dah ditentukan oleh gerai ni. Me makan ni hari Sabtu dan menunya ialah ketam bercili, ikan masak kicap, ayam goreng, cendawan masak lemak cili api dan sambal belacan bersama timun. Perghhhh ketam tu me makan seorang ajer. Dania dan hubby tak makan. Hehehehe....mewah sungguh. Cendawan masak lemak cili api tu sedap tapi me makan sikit je sebab berapi sungguh. 


Ni photo clear sikit menu kami ni. 


Gerai ni atap zink ajer. Ada plak JJCM kat situ. 


Sambil-sambil mengerling kat TV nak tengok berita MH370, ternampak seorang wanita yang saling tak tumpah macam kawan me dulu masa kat UITM Terengganu. Eh??? Ni Rafidah ke ni. Masa me lalu nak pergi bayar, sesaje me tanya kawan2 my friend ni. Siapa nama kawan kat sini? Dia belajar kat UITM Terengganu ke? Kawan me masa tu tengah basuh tangan. Ye sah lah kawan me yang bernama Rafidah. Peliknya me cam pulak cara dia makan dan suara dia walaupun 17 tahun tak berjumpa. Lost contact terus. Masa me dok terpandang-pandang tu nampaknya Rafidah ni macam tak selesa. Rupanya kawan yang pernah sekelas dan selang 2 bilik jer dari bilik me masa kat UITM Terengganu. 


Area gerai ni dekat dengan border Putrajaya / Sg Merab. 

3 ulasan:

  1. aah warung bunian..nama lain kedai tapak sulaiman.. weekend dh ada lunch? ini berita baik! kami penah bfast je kt sini sblm ni

    BalasPadam
  2. Gerai bunian ni kan..org kata masakan ketam & udang kat situ best, teringin nak pgi sebab i love seafood..hehe

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Rezeki dari London dan karipap penjara

Ada satu hari tu adik kata nak datang rumah sebab nak hantar karipap kambing yang saya order dari penjara dan nak bagi gift all the way dar...