Hello eznakhalili.com readers!!

Monday, March 17

Cameron highland : : nak lari dari cuaca panas : : Day 2

Pagi yang dingin, buka tingkap jer ni lah permandangan. Jangan harap nak permandangan gunung ganang sebab area hotel kami ni kat pekan Brinchang. 



Breakfast di hotel untuk 3 orang. Dah termasuk dalam package untuk 3 orang. RM250 / night. 


Ni breakfast me ni. Selalunya dimulakan dengan bubur nasi dan air jus. 



Kemudian, 2 keping roti. Dah kenyang....


Lepas breakfast jalan-jalan kat Kea Farm. Pepagi lagi jalan dah sesak masa nak mendaki ke Kea Farm. Kea Farm ni terletak bersebelahan dengan Equatorial yang sekarang ni namanya Copthorne Hotel. Hubby turunkan me and Dania while ayah terus mencari parking. 


Ubi madu ni sedap okay....dah try yang dikukus. Rasa ala ala buah berangan. Lemak-lemak manis. 



Ikutkan ni bukan dalam list sebab hubby nak terus ke ladang Boh. Dania sibuk nak petik buah strawberry. Singgah le kat Taman Agro tourism ni. Big Red Strawberry Farm


Kaktus besar besar pun ada. 



Ada jual lobak putih yang sangat besar ini. Tumpang berphotoG je la :-)


Di atas kami sangat teduh dengan pokok buah anggur berwarna ungu gelap. Anggur ni dilarang untuk dipetik yer...Chewahhh uncle dan anaknya tengok my camera pulak. Tak perasan pulak me. Hehehehe.....


Ni paling best nih. Scones.....Dania nak makan aiskrim goreng strawberry. 


Set scones ni dengan air teh. Share lah 3 orang. Memang cukup untuk keluarga kecil me ni. 


Ni muka orang puas hati dapat petik buah strawberry. Dapat bakul dan cuma 2 orang dibenarkan masuk untuk memetik buah. Me and Dania pergi dulu. Minima RM25 yer untuk 1/2 bakul. Dalam 25-30 biji buah strawberry. Cara menggunting? Gunting hanya di batang buah strawberry berwarna merah sahaja yer. Gunting disediakan. 



Ni memang muka anak ummi yang sangat happy. Segalanya untukmu Abby...



Bunga-bunga yang sangat cantik warnanya. Tumpang ambik gambar ajer yer....



Jalan nak menuruni Taman Agro Tourism ni sangat curam. Pastikan brek anda dalam keadaan yang baik. 


Balik hotel, kemas-kemas, mandi terus check out. Me check out kol 1 pm walaupun check out pukul 12 pm sebenarnya... :-) Dania pencinta kucing. Dia bawa plush toy kucing Ikea..... :-) 



Ni destinasi seterusnya.....Boh Sg Palas. Terletak berhadapan dengan Bee Farm. 




Makan lagi....hehehe...sebenarnya Dania request nak makan kek strawberry. Ayah Dania tunaikan permintaan Dania. Alhamdulilah. Dah jejalan menaiki bukit nak ke sini dari parking kat 200 meter jugak yer...Kena parking kat bawah yer. Pastu jalan naik atas ke sini. 



Anak ummi dekat Ladang Boh dan setin air Boh. 



Ni lah tempat kami makan tadi. Nun atas bukit tu....Cantik sungguh permandangan kat sini. Tiada jerebu. Langit sangat biru. 


Dania dan ayah. 



Ni agaknya gambar rumah pekerja ladang. Semuanya berwarna biru. 


Kami sebenarnya nak pergi kat Ladang Boh yang lagi satu. Habu, Ringlet. Sekali bila tiba kat sini aik....dah lain sangat tempat nih. Sekali....ni Sg Palas daaa....memang kami tak pernah pergi ke sini pun. Yang kami pergi dulu kat area Ringlet. Kat situ permandangan sangat cantik. Nak mendaki sangat mencabar juga. Sesekali kena hon di corner yang tak boleh nampak kereta dari arah bertentangan. Gayat bebeno....nak pergi oklah sebab kereta kita kat tepi bukit. Nak balik kereta kita kat tepi gaung....errkkkkk mengucap panjang....

4 comments: