Sunday, March 2

Bye Bye Felda Hotspring Sg Klah, Perak

Lar...baru je tiba, esoknya dah nak balik dah. Lepas ajer breakfast, apa lagi terjun la kolam air panas dulu. Ada kolam air panas yang kecik ajer. Sesuai untuk keluarga yang nak privacy. Air kat dalam ni suhu dier 30 - 35 darjah celcius. Masa mula-mula cecah kaki tu terasa panas menyengat. Lama-lama badan kita dah immune dengan suhu tersebut kemudian rasa ok. 


Dania posing dengan ayah pulak. Kedua-dua gambar tak tengok kamera. 


Lepas dah berendam dalam kolam air panas dan kolam air sejuk, nikmatnya pekena aiskrim dengan roti. Kami makan bawah pokok koko. 


Ni diantara suasana kat sini. Air kat sini memang panas. Itu sebab pagar dipasang di sekitar kolam air panas ini. 


Balik hotel nak mandi-mandi sebelum bertolak balik. 


Bye Bye Felda Hotspring. Umur panjang, kita berjumpa lagi. 


Kami ikut jalan dalam ajer sebab hubby nak cari durian. Terjumpa durian yang dijual makcik ni betul2 opposite UPSI. Beli buah rambutan jugak sebab rambutan Dania punya favourite. 


Bagi me percutian yang singkat ni best sebab lokasi tak la jauh dari rumah me tu. Jadinya perjalanan takde la meletihkan. 

Harga bilik me kalau tak silap RM220 untuk satu malam termasuk breakfast untuk 2 orang. Dania kena bayar RM10 ajer untuk breakfast kat hotel. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails