Ahad, Mac 16

Nak lari dari cuaca panas Day 1 | Cameron Highland

Bertolak pun lewat petang sebab Dania ada ko kurikulum hari Sabtu yer.....what to do....lepas makan kat gerai tak bernama tu terus lah menuju ke Cameron Highland. Jalan sangat smooth kat PLUS Highway. Dah pesan kat hubby suruh ikut Jalan Simpang Pulai. Tak sanggup pening ikut Jalan Tapah. 

Masa nak mendaki tu pulak cuak juga sebab dah gelap. Tiba kat hotel dalam 945 malam. While me check in hotel, hubby cari parking. Parking susah sebabnya area Brinchang ni Sabtu malam tu ada pasar malam. Jadinya jalan area Brinchang ni agak sesak. Tersangkut jugak masa nak mendaki Cameron Highland ni. Lesson learnt. Pastikan tiba hotel (jika hotel you alls area Brinchang) sebelum pasar malam ni di buka. 


Bilik me ni triple. Ada 1 katil king dan 1 katil single. 



Hotel Rosa Passadena. Pelik juga ada few hotel yang dah fully booked masa me nak book hotel. Walhal bukan cuti sekolah pun. Photo hotel ni me ambik esok pagi. Tu lah terang benderang tu... :-)


Menyucikan diri kemudian gi makan dekat restoran berdekatan dengan hotel. Lepas makan berjalan kaki ke pasar malam. Tak beli apa sangat pun cuma cendawan goreng, bunga lily yang belum mekar @ kimcham goreng dan jagung bakar. Bolehlah buat kudapan di bilik. Cuaca malam ni sangatlah sejuk. Angin bertiup ajer. Hubby sibuk cakap kenapa tak bawak baju sejuk??. 

You alls pernah try kimcham?? 


2 ulasan:

  1. kak.. 1st time dgr kimcham goreng.. biasanya sy guna kimcham tu utk jd sayur kuah lontong....

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...