Monday, March 24

Dania Joyride :-) : : jom berkuda : :

Ada weekend ride kat Taman Ekuestrian Putrajaya. Kesinambungan cerita joyride dari sini Petang kami datang balik ke sini....Masa ni Dania baru nak ride kuda padi bernama Sultan. Cantik sungguh warna Sultan ni. Putih bersih. 



Satu round RM5 ajer. Jadi me tambah lagi RM15. Dapatlah Dania merasa 4 round. 


Selain daripada itu ada lagi 2 ekor kuda yang kita boleh pilih nak tunggang. Yang hitam namanya Negro dan yang putih namanya Baby Ka. 


Lepas habis ajer 2 round dengan Sultan, Dania nak try kuda tinggi pulak jadinya Dania sendiri pilih nak menunggang Baby Ka. 


Lihat...betapa terujanya wajah anak ummi naik kuda tinggi ni. Menurut kata staff di situ, Baby Ka ni kepunyaan cucu Tun Dr M. Datang ayah, ayah bayar lagi RM5 so Dania tambah lagi 1 pusingan. Jadinya merasalah 5 pusingan naik kuda.



Dania sibuk tengok orang menunggang kuda. 



Ada kelas menunggang kuda jugak. Adik ni nampak dah terer menunggang kuda. Steady je nampak. Dania bila tanya....ada hati nak join kelas menunggang kuda. Hihi...


Ada orang main sukan polo berkuda juga kat sini. 



Lepas tu singgah cafe Mangiamo! pula. Kalau harga makanan kat sini melebihi RM30, boleh guna tiket joyride untuk mendapatkan potongan harga sehingga 20%. Kami order rainbow cake. Share 3 beranak. 



Ni air kopi ayah Dania ni. Mousse kemain membukit. Me order air calamansi dan Dania order air ice lemon tea. Calamansi tu air epal hijau campur asam boi. Refreshing. Masam masam gitu....



Harga keseluruhan makanan ni tak sampai RM30 jadinya tak boleh le nak guna voucher. 



Me suka sangat pokok ni. Berbunga meriah sekali. Ada bunga-bunga yang berguguran ke bumi. 



Close up bunga ni. Selalu je ada ditanam kat tepi jalan. 



Round round kat stable kuda. Kuda ni sibuk dimandikan. 



Kuda yang warnanya sangat unik. Macam corak lembu. 


2 comments:

Related Posts with Thumbnails