Monday, March 17

Bila Dania pantang ternampak kedai buku...

Minat membaca Dania ni bercambah apabila ada kawan me, Mek Su hadiahkan buku cerita untuk hari jadi Dania. Peringkat permulaan, Dania ambik masa yang lama untuk habis satu buku cerita tu.

Me pun banyak kali hadiahkan Dania buku cerita dari koleksi Ana Muslim. Pada mulanya nak cari lah siri terdahulu. Lepas tu ada novelist Ila Salleh menghadiahkan 2 buah buku cerita dari koleksi Ana Muslim yang ditulis oleh beliau.....thank you thank you. Papa Jom solat dan Gelora di Hati Ana. Lama kelamaan Dania suka membaca. Buku cerita yang baru beli kejap ajer dah habis dibaca. Now, pantang nampak MPH, Popular atau kedai buku yang lain mesti nak singgah. Wajib selalunya beli 1-2 buku cerita. Me beli buku cerita yang sesuai dengan usia Dania dan ada pengajaran terselit dalam buku cerita tu. Dalam gambar sikit je tu....realiti banyak dari ni....

Latest addition Cef Pastri Biskut Raya. Baru beli semalam kat MPH Alamanda :-) 


5 buah buku ni me dah beli siap-siap untuk travel nanti. Bagi Dania busy kat airport dan transit airport. :-) Dania tak tahu pun. Me saje nak buat surprise....confirm senyum sampai ke telinga....oppsss Dania tak baca blog ummi jadi rahsia dikunci...hihihihi....


2 comments:

  1. byk nya buku... like like... saya mmg gila buku, minat menurun kat anak no 1.... nanti next week ada bookerville kat putrajaya... macam happening...

    ReplyDelete
  2. Bagusla dania ni..Bak kata pepatah, melentur buluh, biarla dari rebungnya...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails