Sunday, March 30

Selamat Harijadi Hubby!!!!

Actually pada 28 Mac baru ni harijadi hubby ke 42 tahun. Dah menginjak angka 40an dah. Me dekat2 dah ni....hehe. Okay. Me order cuppies ni pun sehari sebelum birthday hubby. Tu lah disebabkan last minute order, yang buat cuppies ni cuma boleh provide perisa red velvet ajer. Me tak berapa berkenan red velvet compared to vanilla. Tapi, me ambik ajer sebab kesian pulak takde apa2 nak celebrate birthday hubby. Tambahan now me kena anaemia. Kurang darah. Me tak larat nak bawak kereta ke mana2 since takut pitam. On the 28th, birthday hubby....me menggagahkan diri ambik cuppies yang telah siap kat area Kinrara. Alhamdulilah, me kuat la jugak. Walaupun badan agak lemah. Me makan ubat tambah darah. Hubby agak surprise sebab me boleh bawak kereta. So taraaaaaa.....bila ayah balik....Dania keluarkan cuppies dari fridge. :-)


So, hadiahnya?? me memang tak prepare apa2 pun....nak gi shopping me tak larat. Sekali ternampak 1 of my fb friend nak jual handphone so just pm tanya2 kat fb. Me kata kalau spesifikasi sume okay, me nak beli untuk hadiah birthday hubby. So, my fb friend agaknya bila dengar me nak beli untuk birthday hubby terus dia booked untuk me. Thanks sangat sangat. Mulanya barang tu akan tiba kat my friend on the 28th. Just nice untuk pressie birthday hubby tapi hadiah tu tiba ke tangan my friend on the 29th lah pulak.

So on the 29th, kami nak meet up kat Giant Kinrara since i told my friend yang me tak boleh jalan sorang2. Kena hubby accompany me since me anaemia. Hubby tanya nak jumpa buat apa?. Me kata my friend nak bagi barang contest....(bohong kecik ok la kot...) So masa parking kat Giant Kinrara, hubby me tanya....nak abang ikut tak?. So me pun buat alasan...kang ena pengsan kang camna? Me dan Dania memang dah tau misi ni. Hehehehe....so jumpa kat KFC Giant Kinrara. My friend dah siap2 tunggu situ then.....my friend hand over paper to my hubby cakap Happy Birthday. My hubby cam blur blur je. Me nyanyi lagi Happy Birthday. Kih kih kih. He is so surprise and memang tak sangka paper bag yang kononnya barang contest me rupanya birthday pressie my hubby. Memang he is totally clueless. Hehehe....Dania pun dok senyum ajer kat situ. My friend tu bagus gak. Siap letak gold ribbon kat kotak handphone tu....

Alhamdulilah. Rezeki my hubby nak dapat handphone and now.....tak leh berenggang dengan smart phone itu....grrrrr........grrrrrr..........

Maybe boleh request hadiah best also on my birthday???...hihihi....

1 comment:

Related Posts with Thumbnails