Thursday, March 6

Bebas hutang?

Hidup makan gaji ni ginilah. Dah dapat gaji, bayar hutang, dapat gaji bayar hutang. Jadinya kita ni hidup untuk membayar hutang. Tak boleh nak menikmati gaji kita tu. Oleh itu, impian di hati nak bebas hutang. Barulah hidup kita senang. Kalau terlewat buat bayaran, sibuk la telefon tu berdering. Dari bank la jawabnya. Tak nak lagi hidup macam tu jadinya mengambil pendekatan menjual property kami ni. Sebelum ni bagi sewa. 

Dulu memang kami tinggal kat sini sebelum pindah kat landed property sekarang. Banyak la kenangan manis masa tinggal kat sini. Pernah shooting rancangan Nufamili under TV3 juga. Sayangnya pengacara Nufamili tak datang ke rumah me. Kalau idak boleh jumpa Amy Mastura live. Masa shooting ni la pakar nutrisi Indra Balaratnam masakkan Dania, Mickey Mouse Pancake. Kemain Dania pandai berlakon bila suruh tidur kemudian bangun tidur oleh team Red Communication. Masa tu umur 5 tahun. 


Property kami ni mengadap kolam renang dan di tingkat 10. Tingkat paling tinggi ialah tingkat 15. 


Ada juga tempat permainan kanak-kanak kat sini. 


Kolam ni la yang me and Dania rajin mandi suatu ketika dulu. 


Tak sampai seminggu cakap mulut nak jual terus ada buyer. Memang hotcakes kawasan ni. Harga pula naik 4 kali ganda dari harga asal masa beli dulu. Buyer sama umur dengan me dan memang nak beli apartment me sebagai rumah yang pertama. Now, dalam proses nak settle antara bank pembeli dan penjual. Dah settle, duit lebih boleh la settle hutang bagi habis. Barulah tenang sikit hidup. Insyaallah ada juga plan nak pergi satu tempat ni. Moga dipemudahkan........ :-) 

oh....kejap ajer dah bulan Mac. Tinggal lagi sebulan lah budget semuanya settle....

2 comments:

  1. kalau i tahu u nak jual, surely i pun jadi potential buyer u jugak huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. HIHIHI...x sempat nak advertise Mira. Baru ckp mulut dah ada orang nk beli. Her first house pulak tu....alhamdulilah... :-)

      Delete

Related Posts with Thumbnails