Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 25

Malam Selimut Putih di rumah Pak Engku Kuzie Catering : : Jumpa artis veteran : :

Pagi lagi i dapat message dari PK. I terus balas message dengan PK kata akan datang bersama hubby and Dania. PK sms kata Malam Selimut Putih dan tema pakaian jubah dan bertudung. Confuse pulak i majlis apa malam nanti yer?. Hubby pun tanya tapi seganlah nak tanya PK lagi.

First impression kat rumah PK,wahhhh macam kat ICity la. Mana taknyer pokok2 berlampu macam kat ICity tu di sekeliling rumah PK. Berwarna warni you alls. I duduk sebelah kakak kepada PK. Pengisian majlis dengan nasyid dari kumpulan El Soraya yang didatangkan khas dari Indonesia tu you alls. Kemudian tazkirah dari Ustaz Daud Che Ngah. Kelakar jugak ustaz ni yer?. Siap bagi teka teki lagi di akhir kalam. Pastu nasyid tu sambung menyanyi lagi. Lepas habis nasyid tu menyanyi lagu Maghdadi, kakak PK kata Maghdadi, Maghdadi jugak tapi perut dah lapar ni. I pun lapar tapi tak le cakap dengan Kakak PK tu. Hehehe. Masa ni dah kol 10 malam dah. Kelibat artis2 veteran seperti Mas Omar, Razis Ismail, Jefridin dan Siti Fairuz. Nasser Wahab je i tak nampak selain Zur Eda. Nampak isteri Nasser Wahab tu datang dulu.Yang tak veteran, Fazli Zainal je i nampak.

Makanan style gerai2 dan buffet dihidangkan. Tambah menarik dengan kuih tradisi seperti putu piring. I memang suka putu piring. Apam balik pun ada. I sempat merasa lauk pauk bersama nasi dan bihun sup. Perghhhh sedap la sup PK ni. PK juga turun padang masak Kuey Teow Sultan Brunei. Hubby i rasa katanya sebab PK yang masak so dia nak merasalah. Katanya sedap!!. Nak tahu berapa Sultan Brunei sanggup bayar untuk sepinggan Kuey Teow PK? Nanti2 i cerita.

Tiba rumah dari Majlis Selimut Putih PK pukul 12.30 awal pagi ohhh.....penat.....

Terima kasih PK kerana mengundang kami sekeluarga!!!




Jefridin dan hubby...
La la la la kenanganku...bersamamu....geleng geleng sikit kepala macam Jefridin eh...

Hubby dan Razis Ismail

Hubby dan Ustaz Daud Che Ngah yang dulunya Pengerusi Lembaga Tabung Haji. Kini Pengerusi Andalusia Travel. Sesiapa yang nak pergi haji or umrah silalah berhubung dengan Andalusia Travel yer...


Macam ICity kan?


Khemah ni tempat tetamu makan

Ruang dalam rumah PK


Me and Dania yang dah terlena



Kesian Dania yang tersangat mengantuk....kat sofa PK yang cantik ini

PK bersama suami

PK berduet menyanyikan lagu Selimut Putih. Baru i tahu, lagu ni dipopularkan oleh orang Indonesia

Kak Siti Fairuz kita

Tazkirah dari Ustaz Daud Che Ngah



13 comments:

  1. bestnya akak!! mesti sedap2 lauk pauk tu hehehe

    ReplyDelete
  2. dengar ceramah sambil makan2 laa gitu..bagus jugak buat majlis ilmu ni

    ReplyDelete
  3. ` razis ismail tu lama tk dgr cite..suci jek muke die..

    ` akak punye tudung ngan dania tu sedondon ke? cantek la..

    ` putu piring! my favourite too!:)

    ReplyDelete
  4. Nampak meriah sangat majelis nya ye.

    ReplyDelete
  5. bertuah ezna dpt jemputan...best mkn2:)

    ReplyDelete
  6. @Mama Zharfan Majlis ni best sebab pengisiannya. Hehehe...bab makan2 pun best sebab tak tau nak makan apa. Rambang mata u!!!

    ReplyDelete
  7. @Ijah EmoTemo Lauk pauk, x semua akak rasa. Tapi yang masak lemak daging salai tu, sodap!!!!

    ReplyDelete
  8. @Eliss Mie Menarik juga Ellis majlis gini. Bila nasyid ni nyanyi lagu Selimut Putih, menusuk jiwa.....teringat mereka yang dah pergi...

    ReplyDelete
  9. @Nad @ MamaZakwan Wahhhh ada 3 komen

    1. Yup muka baik jer...Razis Ismail tu. Kalau tgk in person sangat la lain dari gambar. Siyes...muka dia sangat suci. Akak kaco dia tengah syok syok makan sup. Hehehehe...

    2. Yup tudung akak sedondon dengan Dania. Dania punya tudung ekspres gitu. Akak punya selendang panjang. Bli kat Anggerik Avenue.

    3. Putu Piring!!!! Sama la kita. Err ni makanan orang lama ni. Hehehe...

    ReplyDelete
  10. @kakchik@ella Meriah kak chik :-) Semeriah rumahnya....

    ReplyDelete
  11. @mama tisya sangat sangat bertuah sebab PK ni very humble orangnya. Katanya dia jemput 15 orang rakan2 fb ke majlis ni.

    ReplyDelete