Jumaat, April 27

Makan Time - Burger Bakar Kaw Kaw cawangan Puchong Utama (Lokas Makana)

Namanya agak pelik la kan. Terletak kat Puchong Utama. Jika Carrefour Puchong Utama belah kiri you alls, maka you alls terus je. Memang ada signboard ke Lokas Makana. 

Kat sini i nak try burger bakar kaw kaw yang disebut-sebut tu. Burger Bakar Kaw Kaw ni asalnya kat Wangsa Maju. Ni cawangannya lar ni. So masa datang nak ambik no giliran tu, hubby dapat no 92 pada jam 9.15pm, burger dah masak bernombor 63. So we alls cari meja dan duduk kat meja tu. Order la air. Sambil tu Dania main2 kat bouncy castle tu. Ada karok lagi kat sini. Memang bingit la sebab pitch makcik ni lari....aiyarkkk....rimas oh. Nyanyi lagu dangdut lagi. Hubby siap cakap ada orang nak dengar ke? Hehehe....

Air we alls dapat 45 minit lepas tu. Lama giler.......Burger Bakar tu you alls pun tahu kan? Kalau yang sibuk nak cecepat tu janganlah order. We alls dapat burger 1 jam selepas order. We alls tapau je walaupun nak makan situ pada mulanya sebab dah tak sanggup nak dengar makcik syok sendiri tu nyanyi. 

Anyway, our burger bakar kaw kaw, dagingnya lembut sangat tapi rasanya takde elemen surprise macam we alls makan kat Fontana dulu. Rasanya sama je macam burger biasa cuma yang lainnya burger ini lembut dan di grill.


Bayar dulu, kemudian baru dapat nombor

Grill jangan tak grill

Nombor meja we alls

Medan selera Lokas Makana ni berkonsep gerai2

Burger Baconizer RM10.50

Burger biasa RM7.50


24 ulasan:

  1. saya rasa nama lokas makana tu dpt dr perkataan LOKASi MAKANAn.. lokas makana baru komersial sket kot ;)

    BalasPadam
  2. ramai dah yg try burger ni .. nk kena pi cari gak la ... dah dekat dah tu ... mmg slalu pun pi carrefour sana .....

    BalasPadam
  3. ni yg cawangan puchong yg dr wangsa maju tu ek

    BalasPadam
  4. @Nad @ MamaZakwan a'ah jugak yer?...mungkin betul ni nak kasi lagi komersil gitu...

    BalasPadam
  5. @AyuArjuna BiGoshh perghhhh....harga pun sedap ayu. Rasa sama je cam burger biasa tu.

    BalasPadam
  6. @eima ohhh dekat je ngan Carefour Puchong Utama. Kalau datang awal cepat sikit dapat burgernya...

    BalasPadam
  7. @mama tisya a'ah yang glam kat wangsa maju tu dah buka cawangan kat Puchong pulak....:-) sama jugak kena tunggu lama kemain...

    BalasPadam
  8. ooo..terbalik plak kt sni..
    klu kt wangsa maju amik no dlu..
    t bru bayar..hikhik

    BalasPadam
  9. me jenis tak sabar menunggu hheheheh

    BalasPadam
  10. ila pun penah order. masa tue balik opis. dgn baju opis lagi nak tgu sejam? tidakkkkkk
    kalau mmg datang utk relex2 mmg ila tgu punya

    BalasPadam
  11. ok ke ezna, ke lebih kurang burger b iase, mahal jugak tu, burger biase pun dah rm7.5

    BalasPadam
  12. @Mama Zharfan me sabar sikit je pada u...hehehe tapi siyes mmg lapar dulu la sebelum makan tu.

    BalasPadam
  13. @BABY(MAMA AMANA burger hanya untuk mereka yang sabar....adehhh jenuh nak tunggu....me pun kureng sabar...

    BalasPadam
  14. @Em's Family i rasa biasa je mira sbb i nak rasa je. Cuma beef patty tu lembut. Selebihnya sebijik cam burger biasa tu jer..

    BalasPadam
  15. klau btul2 lapar berbaloi laa order burger ni kn, huh...

    BalasPadam
  16. check this out for more info peeps!:)
    www.facebook.com/lokasmakana & twitter.com/lokasmakana :)tqvm for promoting LokasMakana :)

    BalasPadam
  17. tak pernah rasa then jarang makan burger, tapi ada tengok satu burger kat penang yang besaq gabaq tu, esok kita wat entry...la ni glamour burger kan...yummy2

    BalasPadam
  18. Very interesting review.....

    kindly proceed to our website at www.burgerbakar.com

    BalasPadam
  19. Hi....saya baru jer upload pics dalam blog masa makan ngan famili kat Burger Kaw Kaw branch Puchong. Memang betul ramai orang. Masa tu takde kasik nombor so kene la beratur...
    Senang2 tu jengok la yer blog saya kat www.blogmakanbest.blogspot.com konsep pasal makan jer 100% takde topik lain.
    Kalu sudi tu follow yer blog saya TQ, TQ, TQ

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.