Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, April 25

Hujung minggu di mana?

Entry ni kesinambungan dari entry makan2 kat Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Lepas makan, hubby sibuk nak solat kat Masjid Besi. Punyalah pusing mencari sebab takde dalam Tom Tom. Kalau Masjid Putra adalah. Akhirnya jumpa juga Masjid Besi yang agak tersorok. Terletak bersebelahan dengan Jabatan Perdana Menteri dan terletak kat tepi tasik.

Lepas tu kami 3 beranak ke Alamanda. Dania beli buku kat MPH while ummi cuci mata kat Hajaba. Setakat cuci mata je lah. Sebab dah memborong kat Hajaba Seksyen 13 Shah Alam. Hehehe. Dah jalan2 haus la pulak. Terus ke Rotiboy. Minum air dan beli roti glamer kat rotiboy. Lepas tu Dania main bubble kat Taman Tasik Cyberjaya pulak. Kat tempat parking je sebab dah nak pukul 7 malam. Lepas solat Maghrib terus kami ke lokasi jalan jalan cari makan. Jom ikut kami....hehehe....entry lepas ni la yer.

Masjid Besi @ Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin

Dania pose kat salah satu taman dalam Masjid Besi

Kat Rotiboy Putrajaya sambil khusyuk baca novel ballerina. Dania pow ayah 3 novel siri ni oh....ummi pun tak dan nak pow pepe....

Gambar yang telah diedit. Nampak classy pulak. Main bubble kat Taman Tasik Cyberjaya

 Dania nak tiup bubble kat kereta Adik Da (nama manja kereta ni) pulak....

2 comments:

  1. xtvt yg best...
    janji dpt bersama famili..
    ok, nk tau kak ezna mkn katne plak :)

    ReplyDelete
  2. besh spend time dgn yg tersayang :)

    ReplyDelete