Sabtu, April 28

First time masak mee udang

Mee Udang yang i masak.......udang i guna size sederhana jer...bukan udang yang besar2 tu...

Baru2 ni first time i masak mee udang. Nak bagi kuah udang ni pekat, i masuk sekali ubi keledek. I dapatkan resepi mee udang ni kat mesra.net. Ni i copy paste resepi ni. Sebenarnya i cam teringin nak makan mee udang disebabkan wall post adik ipar Suzz, Aimi Shaniza. Aimi ni makan mee udang mak jah kat wangsa maju. Terusssss hari tu jugak masak mee udang. Hehehe.

1 kati mi kuning
½ kati udang basah - bersaiz sederhana
10 tangkai cili kering - dikisar
2 biji bawang besar} kisar
2 ulas bawang putih} kisar
Sedikit belacan } kisar
(1 ubi keledek yang direbus) kisar
3 camca teh sos cili
3 camca teh sos tomato
½ sudu teh gula pasir
4 batang sawi
½ kati taugeh
2 pokok daun bawang
2 tangkai daun sup
5 biji tahu - goreng dan potong empat segi sederhana nipis.
5 biji cili masak
Limau kasturi
Sedikit bawang goreng

CARA MEMASAK

Rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya asingkan ketepi. Ambil kepala udang dan kisar. Kemudian ambil air kepala udang tadi satukan dengan air rebusan yg sedia ada.

Panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.

Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.

Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.

Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mi kuning.

Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.

6 ulasan:

  1. sedapnya ezz...meleleh air liur i tgk pic tu heheheh

    BalasPadam
  2. Wah,nmpk sedap sgt.bila nak ajak kitorg mkn?

    BalasPadam
  3. alahai sedapnya Kak Ezna..pndai akk masak ni..mbuatkn Yumie terliur je nk mkn..

    BalasPadam
  4. geram tgk udang.. nsib baik udang tu x gumuk, hikk...

    BalasPadam
  5. sedap!! rajin nyer potong ubi keledek , i bab ubi keledek nak potong, nak rebus, nak lenyek tu yang malas.. :D

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Ice Cream Treats

Masa makan tengahari saya masak ketam bercili.  Kacang buncis dengan telur.... Masa ke IOI City Mall ni nak mencari paper bag / plastik untu...