Khamis, April 26

Nilai sepinggan kuey tiaw Pak Engku Kuzie Katering

Sultan Brunei dan Pak Engku
Photo diambil dari FB Pak Engku Kuzie Katering

Murah betul rezeki Pak Engku dari Kuzie Katering sebab dapat masak untuk Sultan Brunei. PK dijemput ke Brunei untuk memasak kuey tiaw tau!!!. PK cerita dalam fb nya, Sultan Brunei sediakan kereta jaguar dengan driver untuk menjemput PK dari hotel ke istana. Hotel pun disediakan juga. PK memasak 16 pinggan kuey tiaw buat santapan Sultan. Bila pembayaran hendak dibuat baginda Sultan tanya PK berapa harga kuey tiaw. PK kata, PK ikhlas nak tolong sebabnya cuma masak 16 pinggan kuey tiaw. Bila PK dapat sampul, haa.........ada note sebanyak Dollar Brunei 5000, bila convert duit Malaysia di money changer, dapat RM16,000. Kiranya sepinggan kuey tiaw PK bernilai RM1,000. Itu pasal kuey tiaw PK kat Malam Selimut Putih digelar kuey tiaw RM1,000 atau kuey tiaw Sultan Brunei. Hubby ada rasa. Katanya sedap. I jer yang tak merasa. Errr i pun tak mampu nak beli kuey tiaw sepinggan RM1,000. You alls ada berani??? Hehehe.... 

Bertuahnya badan!!!

*****Mungkin Sultan Brunei pertama kali merasa masakan PK di majlis di Seri Perdana.
*****I rasa semuanya ditaja termasuklah tiket penerbangan untuk menerbangkan PK ke Brunei,  hotel, kereta Jaguar beserta pemandu cuma untuk memasak 16 pinggan kuay teow buat santapan Sultan.

9 ulasan:

  1. bertuahnya tapi nak sampai ke tahap PK bukan mudah kan? ada liku dan cabaranye

    BalasPadam
  2. murah rezeki dia yer :) syoknya :)

    BalasPadam
  3. bestnya klau dpt mersa kuey tiaw PK tu..mesti sedap hingga menjilat jari kan..alahai terasa nk mkn la plk..

    BalasPadam
  4. wohohohohoh mahalnya harga sepinggan mee itu....tak sanggup nak makan rasanya klu mahal berbeno huhu

    BalasPadam
  5. adakalanya kita x sangka begitu sekali allah berikan rezeki , cuma manusia adakalanya alpa dan leka .. x bersyukur , justeru dengan mudah allah timbakan dugaan seperti sakit .. x semena2 segala kenikmatan ditarik dlm sekelip mata .. nilai 1 ribu x bermakna apa2 diwaktu ituuu huhuh ..
    minta dijauhkan , subhanallahhh .. smeua ini pemberian dia .. dia maha kaya bukan hambanya yg diberikan itu yg kaya ;)

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Bukit Ekspo, Jirat Cina dan Seri Serdang

Setelah minum air teh o panas kat Serumpun tu saya menuju ke Bukit Ekspo. Nak menghabiskan masa katanya. Nak tunggu Dania habis kelas jam 5 ...