Hello eznakhalili.com readers!!

Tuesday, September 27

Duit Raya

Syawal dah nak habis dah tapi i baru je bank in kan duit Dania kat Tabung Haji. I malas nak pergi Tabung Haji sebab line panjang and service agak lambat so i terus ke Bank Islam Kelana Jaya. Orang tak ramai. Tu pasal service baik. Hehehe. Masalah cuma pada parking yang selalu penuh sebab area sana banyak kedai makan so masa lunch time, parking takde...kena pusing 2-3 kali baru lah dapat parking. Alhamdulilah, duit raya Dania pemberian dari mereka yang pemurah dah selamat ye masuk ke a/c Dania. Selain Tabung Haji, Dania i buatkan akaun Yippie dari Dania umur 3 bulan untuk pelajarannya kemudian hari. Ada rezeki biarlah Dania sampai ke Universiti. 

4 comments: