Tuesday, September 20

Open house konsep mamak

Rumah sangat cantik

Tempat basuh tangan pun cantik 

Ada gazebo di tepi kolam ikan tempat bersantai  

Teh halia pilihan suami

I ambik tosai kat section ni

Rojak dan cendol pun ada

Dimasak panas panas

Di hadapan rumah yang indah ini

Ni first time i pergi ke open house konsep mamak. Mamak diimport dari Shah Alam. Selalunya konsep hari raya. Masa first time nak cari open house sepupu arwah papa i ni, berpusing pusing mencari kat Taman Melawati. First time i sampai kat Taman Melawati ni. Rumah kawasan tepi gunung ni mesti sejuk. Bila sampai, ada rela tukang jaga parking. Dah tiba kat rumah open house ni wow terpaku tengok rumah yang tersergam indah. Besar sangat. Terletak di hujung kawasan perumahan. Mama, adik perempuan i Eja dan family, bibik dan adik lelaki dah tiba dulu ke sini. Adik perempuan i lagi satu still sesat2 mencari rumah. Uihhh kalau datang sekali lagi harus la i sesat. Banyak sungguh simpang. I ambik tosai dan air bandung. Lepas adik i yang sesat itu beraya kat rumah ni, dia sambung kat rumah i pulak since hubby dia outstation. Semua perempuan kecuali baby Adam. Sesi borak borak lagi selain Adlina dan Sofiah main2 ngan Kak Dania. Balik dari rumah i dalam pukul 11.00pm. Beraya sakan sungguh adik i.  

3 comments:

  1. mcm kenal je rumah ni
    nama tuan umah dia ismail ke?

    ReplyDelete
  2. @Nana tuan rumah tak sure. Yang nyata ayah mertua tuan rumah Shuhaimi. Ayah mertua tuan rumah ni kira sepupu arwah ayah. Jalan P4...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails