Hello eznakhalili.com readers!!

Wednesday, February 17

Balik kg oh oh oh balik kg - 13 Feb 2010

Tengahari, we all makan dekat Nasi Lemak Antarabangsa Puchong Jaya Branch. We all order 

 
Nasi Lemak Sotong

 Nasi Lemak Paru Goreng

  
Tapai Aiskrim 


Air Kedondong Asam Boi....uhhh masam....


Nasi Lemak Antarabangsa Puchong Jaya

Lepas kami makan, kami bali rumah. Bole?...i baru packing......nak balik kampung. Lepas packing....terus bertolak balik dalam 4.30 pm. Jam dari Slim River sampai lah Sungkai. Kami berhenti dekat R&R Tapah untuk solat dan makan malam......Perghhhh kena berdiri lama baru dapat tempat duduk sebab orang punyalah penuh. Ni lah bahana balik masa cuti perayaan. Dah dapat tempat duduk, nak tunggu makanan pulak punyalah panjang line dier ayah kata. Me and Dania tunggu kat tempat duduk. Takut kena ambik pulakkk.....Dah siap makan kami meneruskan perjalanan. Kami berhenti rehat sekali lagi dan untuk solat. Tau tiba Kedah pukul berapa?. 2.30 am the next day.......14 Feb 2010. Rata2 kat jalanraya orang Melayu jer.....

Kampung ayah Dania memang terletak kat sawah padi. I tak dapat nak ambik gambar sebab bateri kamera i dah kong..... :-(....sempat snap gambar kat rumah kakak ipar je....


  Dania bergambar dengan Adam, sepupu Dania. Adam ni cakap Dyna (Dania)
ni girlfriend dier...amboiiiii......kecik dah pandai. Mak dia aka biras kata Adam ni bila nak kenen ngan orang lain je mesti cakap nak Dyna jugak.....padahal Dania tua setahun dari Adam...



 Rumah kakak ipar di tepi sawah....

Sawah padi menghijau...

Mula mula makan ais kacang

Pastu kami makan bihun sup utara, kemudian makan nasi......lepas makan nasi, kami makan 

 
Serawa ubi aka Pengat ubi keledek kahwin....

Disudahi dengan

Keropok ikan tenggiri dan secawan kopi.....

Balik kampung, dapat la tengok macamana kehidupan masyarakat kampung khususnyer aktiviti budak2. Mereka memancing ikan kat tali air berdekatan dan naik motor keliling kampung. Me?....ehmmm budak bandar pulak lain aktivitinyer....indoor jer....



4 comments:

  1. favouritenye tgk tapai aiskrim tu...tak penah makan lagi kat NL Antarabangsa sejak dah berfranchise ni..kene cube la tapai aiskrim tu

    ReplyDelete
  2. uihhh...memang yer...kat Kedah pun panas terikkk.....perghhhh....

    ReplyDelete