Friday, February 26

Dania pergi Speech & Drama Class.....27 Feb 2010

Petang ni hujan lebat sangat. Jadinyer i tunggu hujan reda sikit baru bertolak ke Bangsar. Masa turun kat bawah, Dania dah berpayung. I pun suruh freeze.....ummi nak ambik gambar. Dania kata 'Ummi, you cannot take picture because it's raining'....i tak kisah punyer, i terus snap gambar. Dania sebenarnyer tak sabar nak pegi kelas Speech And Drama dier....



Kami keluar rumah dalam 2.30 petang, LDP macam jam sikit tapi nasib arah Sunway nak ke Puchong. I nak pergi McD. Tetiba craving nak makan burger McD. Nak pergi kat SS2 dah biasa sangat jadi i pergi ke Bangsar. At least lepas tu dekat sikit nak pergi ke class Dania. 
McD Bangsar tempatnyer luas tapi parking amatlah terhad. Nasib sekali pusing jer i dah dapat parking. Syukur.....

Ada playland....

Bole pilih nak duduk kat open air atau kat dalam....

Kalau nak view tepi jalan pilih kat sini...

McChicken untuk ummi dan Dania

Dania pose dulu ekkk....

Dania showing off her drawing....Dania bawak masa show and tell

Lepas tu off we go ke school Dania....Dania masuk bookroom dulu untuk pulangkan buku yang Dania pinjam dan Dania pun nak pinjam buku baru....

Ni gambar school Dania dari depan. Banglo kat corner lot...

Kat depan...ada kerusi and meja kat sebelah...i selalu lepak situ ler...

Ada pokok juga diperbuat dari kertas. Selalunyer budak2 main kat dalam area ni le

Kat luar pun ada kerusi menunggu jugak....tapi i duduk dalam ader aircond sket...

 
Area kat luar tempat budak tadika Chiltern House main2

I suka sangat environment kat sini. Tempat selesa. Selain tu boleh bancuh air. Ada disediakan milo, tea dan coffee...Untuk ibubapa yang menunggu anak macam i, dari pukul 4.30 ptg - 6.00 ptg okaylah kan. Sambil2 minum air taklah ngantuk sangat. 1 1/2jam tuh....Nak keluar ke mall berhampiran malas....Programme Coordinator kat depan ni pun friendly sangat. Kat luar ada guard. Nak masuk center, orang dalam kena bukak. Jadi tentang keselamatan amatlah dititikberatkan. Selain menunggu kalau ada mummies yang ajak berborak, i pun boleh jugak polish my english language....

Masa berborak dengan mummy yang anak dier sekelas ngan Dania. Dia berbangsa Cina, dia kata Dania amatlah friendly sebab masa kat bookroom Dania cakap kat anak dier Chloe, 'Chloe u must borrow this book, not this book!!' Bila i tanya Dania rupanyer Dania cakap kat anak dier suruh pinjam buku yang ikut level dier.....and mummy budak ni tertanya-tanyalah Dania ni anak sape?. Mummy ni kata anak dier Chloe senyap and pemalu jadi anak sape2 yang macam friendly sikit dia suka lah. Dania friendly pun after years of training kat Speech And Drama class ni lah. Memang motto dier Express Your Best Self.....Kanak2 diberi peluang untuk bercakap dan memberi idea...Idea tu teacher tak akan bagitau right or wrong. Sebagai contoh 1 incident, Teacher tanya What's under the sea?. Dania kata Mermaid. Of course lah mermaid does not exist tapi teacher pun include jugak mermaid dalam dramaland teacher. 'Let search for the Mermaid'....so, the kids pun swim under the sea and trying to find the mermaid. Rupanyer nak suruh mermaid ni ajar they all swim....Incident lain Teacher tanya 'what present you want to present the king?' Dania suggest a scooter. Mungkin kadang-kadang jawapannyer tak terfikir oleh kita. Ada kid yang suggest Chicken and macam2 lagi.  Kadang2 Teacher bawak budak2 ni meneroka luar class dalam dunia make believe, they all pretend to be somebody. Hari ni they all pretend jadi Captain of the Pirate Ship jadi Dania ada lah badge Captain Dania. Ada sorang budak tu mintak calendar kat programme coordinator. Dania mencelah cakap ok there's a date and a day, dier explain kat kawan dier. Teacher cakap Yes indeed.....I yang tengah tunggu kat luar pun rasa nak tergelak tapi biarkan mereka. I pun tak kisah kalau Dania cakap broken english ker sebab masa ni lah dier nak pick up new English words....tapi kita kenalah perbetulkan apa yang salah. Compare dengan 1st time Dania pergi class ni, menangis dalam kelas meronta-ronta dan jerit ummi...ummi....adoi rasa nak tutup muka ngan bantal jer.....(Org pun mesti tertanya anak saper lah nih????) Adalah 2-3 class Dania buat perangai. Tapi setiap class teacher akan hug and kiss Dania.Lama2 Dania improve. Masa dalam kelas pun Dania cakap Bahasa Malaysia dengan teacher....., teacher tunjuk gambar aeroplane Dania cakap kapal terbang....hihihi....betul sayang tapi itu Bahasa Malaysia....Now, cakap jer ada class kat Julia Gabriel mesti kata yay!!!....and ummi amatlah berpuas hati dengan program nih....










4 comments:

  1. best baca posting ni...u are very lucky to have dania, she's such a wonderful girl ezz!!

    ReplyDelete
  2. Hihi...alah suzz...kekadang our kid (s) ni buat benda2 yang tak terfikir oleh kita kan?...Kekadang kita akan tersenyum sendiri..... (^o^)...bila my fren (ex officemate) tengok Dania friendly, dia kata agaknyer Dania friendly sebab masa i preggy dulu i selalu berborak ngan orang sebelah i. Ada ke patut?....tapi come to think of it mungkin yer kot. Kawan i Wan Nor Azlina tu ler...

    ReplyDelete
  3. hi there!
    boleh saya tahu berapa u bayar for your daugther's class ya?

    thank you! :)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails