Saturday, February 20

Step By Step Makeup courtesy of Miss Sherry Stage

Make up untuk ke majlis atau pada hari biasa jika anda mempunyai banyak masa....

Step 1 Muka :

1. Pakai makeup based & lip balm (untuk melembabkan bibir kerana bibir yang terakhir sekali dirias)

2. Foundation

3. Pakai concealer. Concealer ada 2 jenis  iaitu jenis cecair untuk menghilangkan eye bag dan dark circle di bawah mata dan jenis krim untuk menghilangkan parut, pigmentasi dan jerawat. 

4. Bedak debu

5. Bedak Kompak (Compact Powder)

Step 2 Mata : 

1. Pakai pensel mata yang berwarna perang di kening. Ini bertujuan untuk membentuk kening. Terutamanya kening yang tebal. Ia memberi bentuk kepada kening yang tebal itu.....

2. Pakai eye based di kelopak mata supaya warna eye shadow tahan lebih lama.

3. Pakai eye shadow. Untuk bersantai, warna yang natural digalakkan seperti merah jambu, perang.

4. Pakai eye liner. Menurut kata Miss Sherry, dengan peningkatan usia mata kita akan cenderung ke bawah jadi untuk menaikkan mata kita, disarankan memakai eye liner di atas dan di bawah mata.

5. Pemakaian pembentuk bulu mata untuk melentikkan bulu mata.

6. Memakai maskara dengan teknik kita melihat ke bawah dan maskara dipakai dari bulu mata di pangkal ditarik ke hujung bulu mata. 

Step 3 : Pemerah Pipi

1. Pemakaian pemerah pipi yang betul ialah, bila kita lihat telinga kita imagine bentuk segitiga di tengah telinga dan pakai pemerah pipi di bahagian atas kawasan segitiga itu.

Tips warna pemerah pipi
***Untuk yang berkulit gelap sesuai memakai pemerah pipi yang berwarna jingga atau jingga + merah jambu

***Untuk yang berkulit cerah pula sesuai untuk memakai samada pemerah pipi berwarna merah jambu, jingga atau maroon. 



Step 4 : Bibir

1. Memakai lip balm / pelembab bibir

2. Memakai lip liner

3. Memakai pewarna bibir (lipstick)

Wallah....anda dah siap untuk ke majlis atau bersantai........ terima kasih tak terhingga kepada Miss Sherry kerana share tips untuk makeup dengan i. Rupanyer ader kelas untuk belajar makeup ni kat Stage Mid Valley / Stage Pavillion. Makeup Stage ni seangkatan dengan Silky Girl tu dan beberapa brand lain. Ni produk buatan Malaysia tapi Stage ni kira yang paling tinggi dalam kelasnyer.   

Harga Make up Stage ni boleh lah click kat LINK nih....

2 comments:

  1. wahhh sukelaa entry ni.. good tips:)

    ReplyDelete
  2. Hi Maya,

    Hihihi sambil2 dapat make up free tu, mulut ni sibuk tanya tips kat make up artist....:-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails