Jumaat, November 7

Selamat Hari Jadi Dania Yasmine!

Dulu masa kecik-kecik Dania suka sangat watak Princess. Suka nak pakai baju dress walaupun kat rumah. Selain daripada tu ummi bagi tengok Playhouse Disney Channel dan belikan cd Strawberry Shortcake. 

Masa ni umur Dania 4 tahun. Suka ambik gambar kat De One Photo. Dania pakai baju Belle. 


Ni pula photoshoot untuk Majalah Princess edisi Melayu. Gambar kat page kedua. Ni pun masa Dania 4 tahun. 


Masa ni 5 tahun buat Advert untuk Johnson & Johnson dengan ummi untuk Majalah Keluarga. 


Time balik masa Dania sekolah rendah. Tudung dah senget bila balik. Dania masa hari pertama dapat MC sebab muntah. 😅. Baru je nak masuk kelas dah berlari cakap Dania rindu ummi 


Ni masa Majlis Makan Malam Darjah 6 SK Bukit Jalil. Tema Arab jadi Dania pakai jubah ala Arab. 


Ni Dania tengah ambik buku teks kat SMK Putrajaya Presint 18 (1). Tak sampai seminggu kat sekolah ni dah pindah ke SMK Jalan Empat. Bentuk tudung kelepet gitu tak reti nak melawa lagi. 


Masa ambik keputusan SPM kat SMK Jalan Empat dengan Pengetua. 


Daftar hari pertama Asasi Sains Pertanian di UPM. 


Hari pertama Ijazah setelah permohonan pertukaran program Bacelor Sains Haiwan diluluskan. 


Alhamdulilah dikurniakan seorang anak yang baik, mendengar kata...moga Allah merahmati Dania di dunia dan akhirat, mendapat jodoh yang baik, karier yang bagus, boleh berbakti kepada masyarakat, sentiasa berlemah lembut dengan haiwan, jaga aurat, jaga peribadi....Ummi dan ayah doakan yang terbaik dalam pelajaran sehingga berjaya dengan cemerlang. Semua yang baik-baik untuk Dania. Kalau ada yang berkenan tu ummi tak izinkan lagi...moga selesai pembelajaran barulah ummi dan ayah tenang. Kejar dulu cita-cita...

Moga baik-baik ajer untuk anak kesayangan ummi dan ayah. Selamat Hari Lahir ke 21 pada 7 November 2025

"A daughter is just a little girl who grows up to be your best friend". 




XOXO,
Ezna




















 

2 ulasan:

  1. Comelnya dania since dari kecik lagi! Pernah jadi model cilik rupanya.
    Happy birthday dania. Semoga menjadi anak yg solehah, berjaya dalam pelajaran dan dpt kejar cita2 yg diimpikan.

    Dania ni sama mcm kawan saya. The only anak tunggal perempuan pulak tu. Mmng ummi dan ayahnya protective sungguh!

    BalasPadam
  2. Sanah helwah happy 21st bday dania yasmine. Moga jadi anak solehah, diberikan kecemerlangan dlm pelajaran, dimakbulkan segala cita2 dan impian. Aamiin ya rabbal a'alamin. cute betul dania zmn kecik2..memang pernah jd pelakon iklan pun!!!

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Typo VS Flying Tiger Copenhagen

Dania kata ada satu kedai yang menyamai Typo baru dibuka di Malaysia. Ok kalau macam tu kita bandingkan kedai Typo yang berasal dari Austral...