Cepat betul la dah keluar tarikh Final Exam pada tahun depan. Ummi pulak gabra. Semester ni Dania ambik 7 Subjek di mana 5 subjek je ada Final Exam. Lagi 2 tu English. Semester ni exam mengambil masa 2 minggu.
LAX 2018 tak ada jam kredit tapi kena lepas untuk tujuan graduasi. Ni kiranya last LAX yang Dania ambik. Sebelum ni dah ambik 12 mata jadi tinggal 12 mata lagi la. Tajuk LAX2018 ialah Teh Tarik Book Chat. Mereka kena discuss pasal 3 buku yang dipilih. 3 buku yang dipilih ialah Lord of The Rings (JRR Tolkien), Animal Farm (George Orwell) & Hunger Games (Suzanne Collins). Ada 6 orang dalam satu group dan setiap minggu kena buat video tentang diskusi mengenai buku ni dan kena hantar google drive tu mengikut tarikh yang diperuntukkan. Group Dania nampak macam matang je semua sebab dah final year. Dania je Year 2 yang nak habiskan cepat2 English ni.
CEL2105 pula tak ada jam kredit tapi subjek yang ni akan dapat sijil. Spoken Communication for the Workplace. Ada group work dan individual work la....
Subjek yang lain semuanya 3 jam kredit iaitu Animal Genetics, Animal Reproduction, Pasture Science, Animal Behavior & Welfare dan Basic Animal Nutrition. Semester ni Dania ambik 15 jam kredit.
Ummi tengok subjek semester ni agak mencabar juga. Apa pun All the Best Dania!.
XOXO,
Ezna

All the best dania!
BalasPadam