Jumaat, November 21

Tahukah anda yang.....

1. Buah-buahan antioksidan

Dalam kelas Prof Anjas Asmara, beliau ada tanya kelas untuk teka umur. Ada yang teka 30-an dan 40-an. Rupanya umurnya sebaya hubby saya iaitu 53 tahun. Wahhhh....apa rahsianya? Rahsianya ialah banyakkan makan buah-buahan yang antioksidan. Beliau mengajar subjek Basic Animal Nutrition. 

Macam mana nak kenal buah yang antioksidan? Buah antioksidan akan ada kesan kat tangan bila kita makan macam buah naga....kan ada kesan warna merah pada tangan....., buah plum, buah strawberi, buah blueberi, buah delima etc....haaa jom la makan banyak-banyak buah antioksidan ni kalau nak awet muda. 

Gambar bawah masa Dania masih pelajar Agribusiness. Ini masa Karnival Keterjaminan Makanan di UPM. Fast forward, Dania seorang pelajar Animal Science dan beliau jadi lecturer yang mengajar Dania pula. 


2. Ayam

Ayam....kalau perasan kan....kenapa ayam dibawa dalam lori ayam pada waktu malam?. Pada waktu malam ayam tidur. Kalau bawa waktu siang dan perjalanannya jauh, ayam akan saling bergaduh dan mematuk kawannya dan mungkin akan menyebabkan ada ayam yang mati. Jadi untuk membawa ayam dari Point A ke Point B haruslah waktu malam. Shhhhh senyap....ayam tengah zzzz.....Lecturer masa Asasi bagi tahu. 


3. Ketam

Bagaimana untuk memilih ketam yang bersaiz besar. Lazimnya ketam bersaiz besar 2 hari lepas full moon atau bulan penuh. Bila masa bulan penuh, ketam akan mudah nampak makanan mereka di lautan jadi tu yang menyebabkan saiznya membesar. Lecturer Animal Welfare & Behavior bagi tahu. 


4. Lembu

a.    Kalau ada sekumpulan lembu di padang ragutan, lembu tidak akan makan rumput di kawasan yang rumputnya nampak sihat dan hijau sebab dia tahu kawasan tu tempat kawan lembunya yang pernah kencing atau berak di kawasan tersebut. Cerdik juga lembu ni. 

b.    Kenapa pula lembu mengeluarkan bunyi?. Adakalanya untuk mengeluarkan angin. 

c.  Kenapa kita nampak mulutnya asyik mengunyah?. Lembu bila makan dia akan terus telan makanannya. Lembu akan mengunyah balik makanan dalam perutnya yang dibawa ke mulutnya. Macam kita mana boleh bawa makanan dari perut naik semula ke mulut ya....tapi...lembu boleh. Tu yang nampak mulut lembu asyik mengunyah je tu. 


Info yang saya pun baru tahu....





XOXO,
Ezna



 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Tahukah anda yang.....

1. Buah-buahan antioksidan Dalam kelas Prof Anjas Asmara, beliau ada tanya kelas untuk teka umur. Ada yang teka 30-an dan 40-an. Rupanya umu...