Dari Pusat Rekreasi Air Putrajaya, kami ke IOI City Mall kemudian ada pameran kat tengah ni.
Promo Proton E.Mas 5 dan 7.
Dania mencuba seat belakang Proton E.Mas 5. Luas juga tak bertemu lutut dengan seat depan. Bentuk kereta ni pun kecil je tak besar sangat.
Seat dia berwarna cerah. Ini untuk Varian warna Rose Quartz & Marble Cream. Selain warna ini, seat dia warna gelap (Grey).
Chewahhhh macam bawa kereta pulak ya.
Boleh booking dengan harga RM99 ajer. Special Launch price untuk Proton E.Mas 5 sehingga 31 Disember 2025 :
Prime : RM56,800
Premium : RM69,800
Harganya bagi saya affordable untuk kereta EV.
Ada yang berminat ke?
Dania suka sangat warna pink Proton E.Mas ni tapi untuk E.Mas 5 ni warna pink hanya untuk yang premium. Kereta Leona anak Azhar Sulaiman warna pink juga tapi kereta Leona tu Proton E.Mas 7.
Tengok la nanti macam mana bila kedua kereta saya dah habis bayar. Mana tahu keluar pula kereta lain dengan harga yang mampu milik.
XOXO,
Ezna






Eh..baru tahu Proton ada keluarkan kereta elektrik!
BalasPadamCantik seat warna cerah, nampak mewah. Cuma mudah sakit mata dan jiwa kalau terkena kotoran. Hahaha...
Ah ah ada. Seat dia cerah untuk warna yang lembut. Tapi....hmmmm senang la nampak kotor tu kan.....sakit pula mata nanti.
Padam