Dania sekarang ni kalau tengahari dia tak balik sebab gap katanya 2 jam je dengan kelas petang. Solat dan makan tengahari pun dia ikut kawan lagi 3 orang tu. Jadi...yayyy me time....petang sikit barulah ambik Dania balik.
Lepas tu masa makan tengahari....2 orang kawan nak ke Putrajaya pulangkan alatan JPAM (Jabatan Pertahanan Awam Malaysia) yang mereka pinjam. Faqihah dan Farah keduanya ahli JPAM kat UPM. Nurain dan Dania pula bukan ahli JPAM. Jadi Farah kebetulan bawak kereta ibunya ke Putrajaya. Mereka sama-samalah naik kereta Farah ke Putrajaya. Dania cerita kat kawan-kawan entah-entah terjumpa ayah nanti. Mereka nak hantar tu kebetulan kat bangunan Wilayah Persekutuan.
Hmmm memang terjumpa ayah Dania pun. Ni gambar candid Dania. Dania whatsapp saya cerita makan kat Putrajaya. Saya cakap entah-entah jumpa ayah. Tu yang Dania forward gambar ni. Ayahnya sibuk pilih makanan. Hehe.
Ni camera ayah Dania pulak....saya kata ehhh ni tak cukup ni sebab sepatutnya 4 orang ya. 😅. Tudung hitam tu Farah, Faqihah dan Dania. Nurain pergi washroom. Hubby cakap 4 orang. Ok cukup la kawan-kawannya tu. Mereka bertiga dulu Diploma Kesihatan Haiwan & Peternakan dari UPM Sarawak. Jadinya Dania jadi adik la sebab mereka setahun tua dari Dania tapi panggil nama je tak panggil kakak.
Dania kata dia makan nasi ayam tu. Ayah kata nasi ayam tu dari kedai orang utara asal Pendang. Tu yang ayah speaking utara tu 😆. Sedap nasi ayamnya.....
Kawan-kawan Dania yang ni pun terima kasihlah boleh gang dengan Dania. Sebelum ni mereka semua dah gang dah kat UPM Sarawak tu. Masuk UPM Serdang mereka + 1 Dania pulak. Nampak baik2 juga la kawan-kawannya. Alhamdulilah. Seorang orang Shah Alam, seorang orang Ipoh dan seorang Lahad Datu, Sabah. Kawan baik-baik ok?.
XOXO,
Ezna


Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.