Credit : Google
Berkesempatan menonton di Netflix kisah seram ni.
Terajunya :
Yunita Siregar sebagai Yuli
Dinda Kanyadewi sebagai Laras
Traa Budiman sebagai Rudi
Djenar Maesa Ayu sebagai Ambar
Kawai Labiba sebagai Tika
Kisahnya berkenaan Yuli yang diperlakukan tidak adil di kalangan keluarga tirinya. Ibu dan ayah Yuli meninggal disebabkan permainan sihir. Ibu tiri Yuli tak pernah la berkelakuan baik. Macam ala-ala Cinderella tu la. Yuli ni selalu la kena buli. Sama juga dengan adik beradik tirinya juga bernama Laras pun membuli Yuli jugak.
Akibat tak tahan diperlakukan sedemikian rupa, Yuli ni jumpa bomoh dan kenakan keluarga tirinya. Scary bila dia ambil mayat ibu tirinya dan mula cucuk mayat menggunakan benda tajam. Sangat ngeri sebab nampak real je dia cucuk tu ๐ฒ. Jump scare pun ada dalam filem ni tapi tak cukup pulak nak terkejutkan saya.
Akhirnya satu demi satu keluarga ni meninggal dengan cara yang amat dasyat sekali. Dalam keluarga ni nampak Tika ni solat dan ketika solat ada la hantu tu datang dari belakang etc.
Kalau tengok muka Yuli yang lemah lembut tu macam tak sangka pulak dia sanggup menyihir keluarga tirinya dek kerana tak tahan selalu kena buli je.
Saya beri 3/5 bintang untuk movie ni. Scene mayat dan mentera dibaca dengan ada pembunuhan haiwan untuk upacara sihir tu nampak macam betul je.
Haaaa sesiapa yang berani nak tengok filem ni silakan....
.............................................................................................................................
Website Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan :
https://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/1370-al-kafi-253-pendirian-islam-berkenaan-sihir
Akhir sekali Makna Sihir :
Ibn Manzur menyebut di dalam Lisan al-Arab bahawa yang dimaksudkan dengan sihir itu adalah amalan yang dengannya mendekatkan diri kepada syaitan dengan bantuan darinya.
Hadis Rasulullah SAW juga jelas menyenaraikan amalan sihir sebagai salah satu dosa besar. Daripada Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:
ุงุฌْุชَِูุจُูุง ุงูุณَّุจْุนَ ุงูู
ُูุจَِูุงุชِ، َูุงُููุง: َูุง ุฑَุณَُูู ุงَِّููู َูู
َุง َُّูู؟ َูุงَู: ุงูุดِّุฑُْู ุจِุงَِّููู، َูุงูุณِّุญْุฑُ، ََููุชُْู ุงَّْูููุณِ ุงَّูุชِู ุญَุฑَّู
َ ุงَُّููู ุฅَِّูุง ุจِุงูุญَِّู، َูุฃَُْูู ุงูุฑِّุจَุง، َูุฃَُْูู ู
َุงِู ุงَููุชِูู
ِ، َูุงูุชََِّّููู َْููู
َ ุงูุฒَّุญِْู، ََููุฐُْู ุงูู
ُุญْุตََูุงุชِ ุงูู
ُุคْู
َِูุงุชِ ุงูุบَุงِููุงَุชِ
Maksudnya: “Jauhilah tujuh jenis dosa besar yang membinasakan. Sahabat bertanya: Wahai Pesuruh Allah? Apakah dosa-dosa itu? Sabda Baginda: Menyekutukan Allah, sihir, membunuh jiwa yang diharamkan melainkan dengan alasan yang benar, makan riba, makan harta anak yatim, lari daripada perang dan menuduh wanita muhsan beriman yang tidak bersalah dengan tuduhan zina.”
Hadis riwayat Imam Bukhari (2766) dalam Sahih-nya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.