Pada 11 November 2025, saya parking terus ke IOI City Mall. Mulanya minta Fanny lalu F.O.S dan tunggu di Padini tapi Fanny masuk entrance berdekatan dengan Michael Kors. Jadi, carilah Fanny depan sikit di Michael Kors. Kemudian teman la Fanny ke Pejabat Pos Mini di dalam IOI City Mall ni jugak. Ada 4 barang Fanny pos ke blogger2. Setiap barang bukan kecik ya gais....berapalah agaknya yang Fanny peruntukkan untuk shopping barang2 cenderahati untuk kawan2 ya?. Pulak tu dari Michael Kors nak ke Pejabat Pos Mini tu ya allah nak menapak tu tuhan je yang tahu ya. Boleh berpeluh sebab jauh. 😅. Siapa yang pernah ke IOI City Mall ni tahulah betapa besarnya mall ni. Lagi mau bina fasa 3 ya....
Saya, kalau perjumpaannya di KLCC memang akan naik public transport ya. Kalau berani memang saya dah drive dah ke KLCC tu. Kami bertiga (Saya, Fanny dan suami Fanny, Raka) sama2 ke Putrajaya Sentral. Saya setakat drive ke Putrajaya Sentral tu memang ok la. Jangan ke KL je. 😅. Masa tiba kena tunggu 4 minit sebelum ERL sampai.
Ni dalam ERL ni menuju ke KL Sentral. Pilih seat berempat. Dok berborak tak perasan pula dah tiba KL Sentral. Just in time je tiba ya.
Lepas tu tunggu pulak LRT kat KL Sentral ni nak pergi ke KLCC. Ni dalam LRT. Candid gambar suami isteri.
Suzi paling awal tiba. Kemudian saya, Fanny dan Raka pula tiba. Duduk sekejap Carneyz pun sampai. Sebelah saya blogger MZ @ Suzi @ saya panggil Suzz @ kawan baik saya, Blogger Carneyz dan yang tak perlu diperkenalkan...Blogger dari seberang Fanny Frishtika Nila sepanjang di Malaysia memang busy ya. Appointment penuh kena booking dulu gais....😅.
Lagi gambar....Kalau ada rezeki nak berjalan ke Jakarta nak jumpa Fanny. Kononnya plan dengan Suzz & Carneyz. Ada yang nak join? Moh la kita....💜💜💜
Kali ni Blogger Afif pun tiba. Fanny sebut Afif ehhh saya tak cam la pulak tapi bila disebut Blog Time Travel memang cam sangat-sangat. Nasib baik bawa gift lebih. Hehe. Kami bab berborak ni lancar je macam kenal lama tapi sebenarnya ada yang tak pernah bersua muka pun pada mulanya. Mungkin sebab berkongsi minat yang sama blogging kan. Dengan Fanny pun kita semua kenal di dunia blogging juga sebab Fanny sangat rajin komen. Setiap komen selalunya panjang-panjang dan sekali banyak Fanny tinggalkan jejak. Mana la tak kawan2 blogger Malaysia ni suka dengan Fanny ya.
Fanny pernah tinggalkan komen sebanyak 20 post saya ya gais kat blog saya....😅. Tapi....tak tinggal komen kat 20 post saya pun tak apa sebab saya sering terima komen dari blogger2 yang saya jumpa ni. Terima kasih semua....yang tak jumpa pun terima kasih ya....
Lagi gambar.
Makanan yang Suzz belanja. Terima kasih Suzz. Ada Sandwich ada bawang, ada yang tak ada bawang.
Close up.....memang saya suka sandwich O'Briens ni. Simple tapi mengenyangkan.
Air yang dipilih orange juice je. Sedap....
Lepas Suzi say good bye kena balik office, kami masih berborak sebelum pindah ke Nyonya Colors pulak. Thanks to Carneyz ya sebab belanja.
Moh la tengok apa yang diorder....ada potongan nangka juga....
Ini pinjam jap roti jala Afif nak ambik gambar. Hehe.
Kuih muih.....
Belah kiri tu kuih Choi Pan kata Fanny kalau di Indonesia. Ya Ampun....saya suka....sedap ada sengkuang dan udang kering. Patut la Fanny amat mengenali kuih ini sebab bila google....berasal dari makanan Tionghua di Pontianak, Kalimantan Barat, Indonesia yang popular di Bangka-Belitung.
Gambar di luar kedai. Orang belakang tu orang penting jadi agak busy. 😀
Smile.....tak tahu nak tengok yang mana ya sebab saya ambil selfie dari kamera saya. Screen dia boleh dibuka untuk selfie.
Ni hadiah yang Fanny hadiahkan untuk ulangtahun Dania. Dania pun terkejut dengan hadiahnya....ada bucket hat & buku 'kelinci' yang embroidery ditempah khas (buku ni sangat tebal), magic wallet. Sungguh memang magic. Dah cuba dah, telekung travel ni memang Dania suka sangat sebab kecik dan boleh masuk handbag Dania yang bersaiz kecik, ada lip oil yang dalamnya ada bunga dan tote bag yang Dania kata boleh bawa masa nak Final Exam nanti.
***Kelinci tu Bahasa Indonesia bermakna Arnab.
Ini pula hadiah saya....memang Fanny nak saya rajin memasak ni....seasoning untuk ikan salmon, beef, chicken dan mushroom. Ada serbuk truffle dan mushroom juga kecap (kicap) kelapa manis. Board defrost. Alhamdulilah terima kasih sebab memang saya memasak. Minyak telon sakura, minyak angin kayu putih dan minyak cajuput vanilla. Elok betul la kalau minta hubby picit2 kaki ataupun pakai masa nak tidur. Ada keropok kentang udang dan tote bag yang ditempah sekali dengan topi dan buku Dania tu.
Hadiah dari Suzz dan Carneyz ada lip balm strawberry, brooch Ozel, beg comel mengkuang dengan jajan yang sedap2 ni....Terima kasih.....buat susah-susah je kawan-kawan....
Terima kasih ya Carneyz menghantar saya dan Fanny ke KL Sentral. Dari sini naik ERL ke Putrajaya. Masa tiba....ERL statik je situ tapi bila nak masuk je dah mula berbunyi. Zasss kami masuk cepat-cepat. Tak lama kemudian, ERL pun berjalan. Ehhh selalunya saya seorang tu ERL tu saya kena tunggu juga ya. Kali ni mudah je...ERL yang tunggu saya dan Fanny ya. Kami meet Raka di Putrajaya Sentral sebab Raka ke TRX dan memang ada laluan direct MRT TRX ke Putrajaya Sentral. Maknanya laluannya juga boleh ke UPM.
Lepas tu saya bawa Fanny & Raka ke Beryl's di Serdang. Ok je sebab apa-apa hal pun dekat je nak ambik Dania kat Fakulti tu. Tak ada pulak gambar di Beryl's. Saya je ambikkan gambar Fanny & Raka kat sana. Saya beli sikit je coklat tapi Fanny & Raka borong Beryl's untuk cenderahati kepada rakan-rakan dan anak-anak. Nasib baik tiba di Beryl's jam 4.30 petang. Kat situ tutup jam 5 petang tapi ada satu bas rombongan tadika tiba sama dengan kami. Jadi cashier Beryl's kata mungkin extend sikit masa sebab ada bas rombongan baru tiba.
Lepas tu Dania pulak call kata dah habis kelas....Udah la dari Beryl's kami bertiga ke Fakulti Pertanian. Hehe....ambik Dania kat tempat tunggu bas lepas tu Dania dengar ada yang cakap eh cantik la warna kereta tu...😅. Penuh student kat tempat tunggu bas nak tunggu bas UPM dan MRT. Tante Fanny dan Om Raka pun ada sekali dalam kereta. Meriah la kereta saya. 😁
Kemudian kami ke IOI City Mall. Drop kan Fanny dan suami di entrance berdekatan dengan F.O.S sementara menantikan Fanny bawa gift untuk saya dan Dania. Gift ada kat bilik. Nak bawa sekali tadi berat sebenarnya. Sementara menunggu, Polis Bantuan IOI City Mall pula tiba....memang tak boleh parking sini lama2 tapi saya cakap nak tunggu barang. Boleh kan Najmi? Terus polis bantuan tu angguk. Ummi kata boleh kan? Dania pulak pelik....entah kenapa pulak ummi guna ayat boleh kan?. 😅
Fanny keluar dengan Blogger Mulan. Mulan punya turn nak jumpa Fanny kat lobi hotel. Alhamdulilah boleh tengok Mulan in person ya. Dania la selfie photo guna phone Dania. Ummi punya phone kejap2 IPhone memory full. 😂
Lagi gambar.....tq Dania.....😍. Lepas tu Dania kata nak solat.....jadinya saya masuk ke parking IOI City Mall ni tunggu la Dania solat sebelum balik.
Kuih tat dari Mulan. Terima kasih. Sedap kuih ni. Satu dah hilang sebab hubby nak rasa....next time kalau turun Putrajaya, boleh la kita berjumpa ya Mulan. Tak best pula tak bagi apa-apa dan saya pula yang dapat something. Terharu pun ya jugak. Terima kasih ya Mulan....
Selepas Mulan.....Mazni dan Uncle Gedek pula menyusul tapi keduanya saya tak sempat berjumpa. Moga lain kali dapat berjumpa ya.
Alhamdulilah...hari bertemu blogger ni sangat la best. Afif & Mulan la saya baru bertentang mata. Moga di masa depan boleh jumpa ramai blogger lagi. Tak kisah la umur berapa pun...kalau berjumpa pasti riuh tak?....😛
XOXO,
Ezna










Panjang perjalanan nya.. Sebenarnya macam nak join jumpa Puan Mulan tu sebab saya ada di Cyberjaya dan habis kerja pun dalam 5.30 macam tu. Tapi tak ada rezeki insyallah lain kali buat event besar ramai boleh jumpa :D
BalasPadamMacam sempat je Afif. Kat sini pun dalam 5 lebih jugak. Takpe next time harap2 ramai lagi boleh kita jumpa ya....wahhhh Afif dah jumpa Uncle Gedek la....
PadamAlhamdulillah...seronok dapat bertemu...
BalasPadamYa Alhamdulilah. Seronok sangat akak rasa....bila bercerita tu ehhh lancar je padehal baru jumpa je.
Padam